Achey Tampil Jelaskan Perkara Sebenar, Balas Kenyataan Balu Harun Salim Bachik


Achey Tampil Jelaskan Perkara Sebenar, Balas Kenyataan Balu Harun Salim Bachik


Anak didik Harun Salim Bachik iaitu Achey kesal dengan kenyataan yang dibuat balu Harun iaitu Surianti Mohd Nor yang menuduh dia menipu tentang kenyataannya kepada media bahawa dia pernah bertanyakan khabar keluarga itu.

Achey berkata sebenarnya ada salah faham. Dia bertanya khabar kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukannya melalui Surianti.

Ini komen Achey:

"Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah.

"Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja," 


Tentang dakwaan Surianti dia di remove dari group whatsapp perniagaan, kata Achey, dia tidak terlibat dengan sebarang urusan perniagaan bersama Surianti dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

Ini komen Achey:

"Macam ini lah, apa yang saya boleh jelaskan, saya dan Surianti tidak ada apa-apa jalinan perniagaan pun.

"Kalau boleh saya tak mahu ulas lebih lanjut, takut isu lain pula yang timbul dan menjadi punca salah faham berlaku.


"Saya menjalankan bisnes pun dengan anak kepada isteri pertama arwah, bukan dengan Surianti,"


Sementara itu, Achey melahirkan rasa terkejut tentang isu itu dan kenyataan dari Surianti itu mungkin salah faham. Achey juga mengatakan dia hanyalah orang luar yang rapat sahaja, dia tidak masuk campur ursan keluarga.

Ini komen Achey lagi:

"Saya terkejut perkara ini menjadi isu. Saya ini orang luar, takkan nak masuk campur hal keluarga mereka.

"Niat saya sebelum ini pun sekadar mahu bertanya khabar, memandangkan arwah Harun baik dengan saya dan kami saling berkongsi masalah. Mungkin perkara ini hanyalah salah faham antara dua pihak," 


Surianti berkahwin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera (12 tahun) dan Hakeem Sufy (14 tahun).

Menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memiliki empat orang anak namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama dan merek atelah bercerai.

0 comments:

Post a Comment