Komen M.Nasir Lagi "Mengerikan" Dari Ramli MS Di Gegar Vaganza


Komen M.Nasir Lagi Mengerikan Dari Ramli MS Di Gegar Vaganza





Gegar Vaganza musim kedua telah masuk minggu ketiga semalam (1 Nov). Juri jemputan merupakan legenda dari vokalis kumpulan Kembara iaitu Dato M.Nasir.

Dato M.Nasir membuka persembahan di pentas Gegar Vaganza dengan vokal yang mantap menerusi lagu popularnya Apokalips.

Kemudian, dia menjadi juri bersama Dato Ramli MS dan juga Dato Khatijah Ibrahim.

Pada malam tersebut, M.Nasir dilihat memberi komen yang ikhlas menegur para peserta. Antara yang dikomen oleh M.Nasir ialah Amir Ukays, Siti Nordiana, Sheeda, Ezad Lazim dan Ezlyn.

M.Nasir berterus terang persembahan Amir Ukays pada minggu ketiga kurang baik dan mengatakan tidak mahu menonton persembahan seperti itu.

Apapun Amir Ukays menerima teguran itu kerana memang sukar untuk membawa lagu dangdut.

Boleh dikatakan komen M.Nasir lagi mengerikan di Gegar Vaganza berbanding Ramli MS.

Minggu ketiga menyaksikan dua penyingkiran iaitu Zul handy Black dan juga Ezlynn.

0 comments:

Post a Comment