Ramli MS Akhirnya Buka Mulut Dedah Mengapa Ezlynn Dan Zul Handy Black Disingkirkan


Ramli MS Dedah Mengapa Ezlynn Dan Zul Handy Black Disingkirkan


Juri tetap Dato Ramli MS akhirnya tampil memberi komen mengapa 2 peserta iaiti Ezlynn dan Zul Handy Black disingkirkan dari Gegar Vaganza.

Ini komennya:

SUSAH CARI KESALAHAN

“Untuk GV2, terus-terang saya katakan sukar untuk mencari kesalahan setiap peserta. Kami di kerusi juri perlu menilai peserta pada segenap aspek, bukanlah pada nyanyian semata-mata.

“Cuma saya ingin tegaskan peserta GV2 adalah penyanyi senior, jadi nyanyian mereka tidak boleh sumbang. Mereka bukan pendatang baru macam pelajar Akademi Fantasia (AF).

SALAH LIRIK TAKPE TAPI JANGAN SUMBANG

“Menyanyi salah lirik, kita boleh pejam sebelah mata, tetapi tidak ada maaf jika menyanyi sumbang. Biar menyanyi tak sedap tetapi ‘in tune’.

“Tetapi ingat pada peringkat seterusnya para peserta perlu lebih serius ketika membuat persembahan kerana ketika itu kami mencari ‘the best among the best,”

TENTANG PENYINGKIRAN EZLYNN DAN ZUL

“Mereka ketinggalan, peserta lain sudah jauh ke hadapan. Peluang sudah diberikan namun tahap nyanyian mereka sama,”

3 PESERTA TERBAIK

“Tiga peserta ini menjiwai lagu dengan baik. Walaupun menyanyikan lagu yang bukan dari genre mereka, mereka ‘deliver’.

“Haiza, Azian Mazwan Safuan dan Siti Nordiana adalah peserta ‘underdog’ tetapi lihatlah kualiti yang mereka ada pada hari ini,”

0 comments:

Post a Comment