Siti Nordiana Cipta Rekod Di Gegar Vaganza

Siti Nordiana Cipta Rekod Di Gegar Vaganza


Peserta Gegar Vaganza, Siti Nordiana mencipta rekod apabila menjadi peserta pertama menjuarai carta persembahan di pentas Gegar Vaganza dua kali berturut-turut.

Siti Nordiana yang popular dengan lagu "Paling Comel" menduduki ranking pertama untuk minggu ke-5 dan juga minggu ke-6.

Pada minggu ke- 5, Siti Nordiana membawa lagu "Nirmala" nyanyian asal Dato Siti Nurhaliza dan memikat hati Ramli MS.

Pada minggu ke-6 pula, penyanyi ini menyanyikan lagu Nike Ardila dan mendapat pujian dari ketiga-tiga juri termasuk juri jemputan iaitu Pak Ngah.

Ini video persembahan Nana di minggu ke-6:

Siti Nordiana Minggu Ke-6

GEGAR VAGANZA: Siti Nordiana Minggu Ke-6

Posted by Dubsmash Malaysia on Monday, November 23, 2015

0 comments:

Post a Comment