Punca Sebenar Mengapa Ezlynn Tak Datang Langsung Gegar Vaganza

Punca Sebenar Mengapa Ezlynn Tak Datang Langsung Gegar Vaganza 


Ramai tertanya-tanya mengapa Ezlynn yang tersingkir bersama Zul Handy Black langsung tidak hadir ke pentas akhir Gegar Vaganza musim kedua.

Kesemua bekas peserta membuat persembahan di pentas akhir Gegar Vaganza kecuali Ezlynn yang langsung tidak nampak kelibatnya.

Melalui Berita Harian, sebenarnya Ezlynn telah mengalami sakit lutut dan sehari sebelum final Gegar Vaganza, sakitnya telah melarat dan Ezlynn menerima rawatan lututnya.

Ezlynn telah diberi suntikan dan terpaksa berehat selama 48 jam setelah menerima rawatan. Oleh tu dia terpaksa membatalkan hasrat untuk membuat persembahan di final Gegar Vaganza.

Ezlynn juga telah memuatnaik gambar lututnya yang sedang sakit di laman sosial.


0 comments:

Post a Comment