Friday, October 30, 2015

Lawak Selamba Zizan Tentang "Kamal Adli" Memang Menjadi

Lawak Selamba Zizan Tentang Kamal Adli Memang Menjadi


Semalam, di pentas final Super Spontan All Star, Zizan Razak berjaya mencuit hati penonton di pentas dan juga di rumah dengan lawak selambanya dengan memetik nama "Kamal Adli".

Ketika permainan "beku", Zizan masuk dan memeluk Yus Jambu, sambil berkata "Saya tak salah Kamal, saya tak salah".

Lawak spontan Zizan itu ternyata menjadi dan membuatkan penonton tergelak begitu juga dengan para peserta yang lain yang tidak dapat menahan lawak.

Yang bestnya, Yus Jambu menjawab, "saya bukan Kamal tapi Emma" sambil mencium pipi Zizan menjadi suasana bertambah havoc dengan gelak orang ramai.

Apapun Zizan hanya bergurau sahaja tu. memang sporting betul Zizan ni.

Untuk pengetahuan, kini sedang kecoh dengan isu Kamal Adli yang dikatakan berang dengan Zizan kerana dikatakan menjadi punca dirinya disingkir dari filem Abang Long Fadil 2.


"Patut Johan Yang Menang, Bukan Zizan" - Penonton

"Patut Johan Yang Menang, Bukan Zizan" - Penonton


Semalam pelawak Zizan Razak telah diumumkan sebagai juara Super Spontan All Star menewaskan rakan baiknya Johan.

Gambar Terkini Isteri Sudirman


Gambar Terkini Isteri Sudirman


Sudirman merupakan seorang legenda yang sememangnya hebat beraksi di atas pentas. Persembahan nyanyiannya sentiasa ditunggu-tunggu orang ramai.

Ketika Sudirman membuat konsert di Jalan Chow Kit, ribuan manusia membanjiri Chow Kit road sehingga sesak teruk. Memang fenomena.

Sudirman pernah berkahwin dengan seorang wanita bernama Kay. Nama penuhnya ialah Kamariah Jamaludin.

Mereka berkahwin pada tahun 1981 dan perkahwinan hanya mampu bertahan selama 3 tahun sahaja. Pasangan ini bercerai pada tahun 1984. Walaupun bercerai, Sudirman dilihat masih menyayangi bekas isterinya itu.

Ini adalah gambar terkini Kay, bekas isteri Sudirman:






Pelakon Popular Pengotor, Tak Bayar Sewa Rumah


Pelakon Popular Pengotor, Tak Bayar Sewa Rumah


Seorang tuan rumah kecewa dengan perangai seorang artis kerana tidak membayar sewa dan keadaan rumah yang amat teruk.

"Alasan bayaran lakonannya 'sangkut' tidak masuk akal kerana setiap minggu saya melihat lakonannya di televisyen," ujar seorang wanita yg berang berikutan enggan membayar sewa rumah sejak enam bulan lalu.

Tuan rumah hanya mahu dikenali sebagai Sharifah, mendakwa pelakon jelita berusia dalam lingkungan 20-an  kerap membintangi drama tempatan namun tidak membayar sewa rumah.

Rumah sewa itu terletak di Ukay Perdana, Hulu Klang, dan sewa yang tertunggak sejak Mei berjumlah RM6000.

Menurutnya, pelakon wanita itu mula menyewa rumahnya sejak Mac tahun ini namun sewa bulanan yang mula tertunggak sejak Mei lalu.

Lebih mengecewakan apabila rumah pangsapuri itu bagaikan 'tongkang pecah' apabila semua barangan milik pelakon itu berselerak di semua sudut rumah dan najis kucing merata-rata.

Ini komennya:

"Lebih menyedihkan, dia turut membiarkan lima kucing peliharaan miliknya terkurung di dalam rumah dan tandas. Najis haiwan itu berselerak di merata tempat di dalam rumah. Keadaan ini amat menjijikkan," 

Dia mendakwa ada menghubungi pelakon itu namun gadis itu memberi alasan duit bayaran lakonannya belum dibayar oleh pihak pengurusan produksi drama.

Menurutnya, pelakon berkenaan turut gagal melunaskan wang penyelenggaraan pangsapuri RM1570 & pengurusan pangsapuri juga sudah mengeluarkan notis tunggakan untuk pemotongan bekalan air.

Ini tambahnya lagi:

"Saya mohon jada baik pelakon itu menghubungi saya segera supaya perkara ini dapat diselesaikan. saya sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati. Saya buntu memikirkan apa yg perlu dilakukan terhadap barangan di tinggalkan termasuk kucing peliharaannya,"

Identiti pelakon ini buat masa sekarang masih lagi di rahsiakan.

Ini gambarnya di akhbar Metro:

Sumber: Harian Metro/Cari Forum
Thursday, October 29, 2015

"You Tak Malu Ke Ada Anak CACAT, Kesian Mesti Ada Lekat Badi Apa-Apa, Macam Alien"


"You Tak Malu Ke Ada Anak CACAT, Kesian Mesti Ada Lekat Badi Apa-Apa"


Seorang wanita bernama Farah Ain Nabila menjadi perhatian apabila tindakannya menghina anak orang tersebar di laman sosial.

Secara tiba-tiba wanita ini menghina kanak-kanak yang tidak berdosa ini yang mengalami sedikit ketidaksempurnaan di bahagian cleft nya.

Jom baca penghinaan wanita ini.


Ini luahan ibu kanak-kanak itu:

"Allah, apa motif dia yang sebenarnya ini? Dia sendiri yang unfriend Nee, tiba-tiba dia add Nee balik. Siap mesej yang bukan-bukan pula tu. Cakaplah apa yang awak nak cakap, Nee tak kisah. Nanti awak letih, awak diamlah. Tak guna melayan manusia seperti ini. Buat sakit hati saja. Beruntungnya hari ini mendapat pahala free," 

"Ada orang cakap anak ibu cacat, muka macam alien. Allahuakbar. Hati ibu mana yang tak sedih dan terkilan bila permata hati dia dihina orang. Apalah salah budak ini. Tak kisahlah dik orang nak kata adik macam-macam. Walau macam mana pun rupa adik, ibu, ayah, oma, bunda dan abang-abang tetap sayangkan adik. Tabah ye dik. Ibu tahu adik seorang yang kuat,"

Tah apa-apa tah punya perangai.

"Dia tiada hati pun mendapatkan anak-anak cuma mahu menggangu karier saya sahaja,” - Awie


"Dia tiada hati pun mendapatkan anak-anak cuma mahu menggangu karier saya sahaja,” - Awie


Legenda rock, Awie menganggap tindakan Rozana Misbun memfailkan permohonan interim nafkah anak di mahkamah sebagai sengaja untuk mensabotaj dan menganggu tumpuannya terhadap Konsert Wings 30 Tahun yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 31 Oktober ini.

Awie berkata, dia terkejut apabila mendapat surat daripada pihak peguam wanita berkenaan yang memintanya hadir ke mahkamah pada Khamis lalu untuk sebutan pertama kes berkenaan.


Rozana dalam tuntutannya meminta Awie membayar wang nafkah bulanan, perayaan, tempat tinggal, persekolahan dan kos pembantu rumah untuk dua anak mereka iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5 yang kini dibawah jagaannya.

Manakala anak sulung pasangan itu Putra Ahmad Merah, 8 tinggal bersama Awie.

Awie turut mempertikaikan kegagalan wanita berkenaan hadir di mahkamah dan melihat Rozana tidak serius dalam tuntutan yang dibuat terhadapnya.


Ini komen Awie:

"Pada saya tindakannya secara mengejut menghantar surat tentang prosiding permohonan nafkah interim anak sengaja mahu menggangu perhatian saya terhadap konsert pada Sabtu ini.

"Dia bukan tidak tahu pada saat ini saya sibuk dengan latihan menjelang konsert yang berbaki dua hari lagi dan ini cubaan dia untuk menjahanamkan saya," 

"Jika dia benar-benar ingin mempertahankan hak anak-anak sepatutnya dia hadir ke mahkamah tetapi apa yang saya lihat dia tidak serius dan cuba lari dari kenyataan.

"Dia tidak ada hati pun sebenarnya hendak mendapatkan anak-anak cuma mahu menggangu karier saya sahaja,"

Mengulas mengenai tuntutan dibuat Rozana, Awie menganggap ia mengarut malah wanita berkenaan tidak mengemukakan alasan jelas dalam permohonannya.

Sementara itu, Awie berkata, sehingga hari ini dia tidak pernah bertemu dengan dua anaknya biarpun mahkamah telah mengeluarkan hak lawatan kepadanya.

Bagaimanapun kata Awie, sebagai bapa dia amat merindukan anak-anaknya dan tetap akan berjuang demi mendapat hak penjagaan mereka.

"Hak lawatan di rumah wanita berkenaan dan saya takut dan fobia untuk ke sana memandangkan dengan 'kejadian' yang pernah berlaku kepada saya sebelum ini.

"Sudah tentu saya rindukan mereka kerana hubungan kami sangat akrab namun saya perlu kuat menempuh dugaan ini kerana akan tiba hari kemenangan kepada saya suatu hari nanti,"

Sumber: mStar

Penyanyi Dan Pelakon Wanita Dikritik Kerana Hisap Vape


Penyanyi Dan Pelakon Wanita Dikritik Kerana Hisap Vape


Kini rokok elektronik atau vape dah menjadi trend terkini dan menjadi pilihan para perokok. Vape kini dihisap ramai termasuklah kebanyakan artis lelaki di Malaysia ni.

Tapi bila wanita, pasti ramai yang pandang serong pada kaum ini yang menghisap rokok apatah lagi menghisap Vape.

Ini termasuk seorang artis wanita yang juga bekas peserta AF 5 iaitu Noni dikatakan menghisap Vape. Dia ada memuat naik fotonya di Instagram sambil memegang vape dan terdapat sekeping foto lagi dia memegang flavour Vape.

Namun tindakan Noni itu mendapat kecaman apatah lagi dia seorang public figure apabila pengikutnya di Instagram memberitahu tidak manis jika wanita menghisap Vape dan memintanya berhenti daripada menggunakan alat itu.

Beriku antara komen-komen negatif peminatnya di laman sosial berkenaan:

“Perempuan x manis nk vape on”

“Jangan ahh”

“aku tengok google ...semua ckp perempuan haram isap vape”

“Tak payah la nak hisap vape ke ape..xde faedah buang duit..dlm surat kabar ada keluar kata haram hisap vape. “

Sebenarnya, kalau nak merokok atau Vape tu hak masing-masing tapi sebagai artis tak perlulah bangga dan menayangkannya di laman sosial kerana ia bakal jadi bahan kritikan para peminat.



4 Gambar Terkini Hanez Suraya Sedang Hamil 7 Bulan

Gambar Terkini Hanez Suraya Sedang Hamil 7 Bulan


Pelakon yang pernah mencipta kontroversi besar iaitu Hanez Suraya kini sedang hamil 7 bulan. Lebih kurang 2 bulan lagi insyaAllah Hanez akan menimamng cahaya mata pertama bersama suaminya, Romie.

Ini perkembangan terkini tentang Hanez:

Alhamdulillah keadaan saya sekarang terkawal cuma kadang-kadang itu biasalah bayi dalam perut lasak sedikit. Jadi mula menendang perut saya dengan kuat. 

Kadang-kadang sampai sesak nafas saya dibuatnya. Tapi pada masa sama seronok melayan gelagatnya. Sejujurnya saya cukup bahagia melewati fasa hamil ini. 

Dengan keadaan sekeliling yang sentiasa mengambil berat saya dan bayi dalam perut ini, lagilah seronok amat sangat. Rezeki itu pun sentiasa ada. Lagi-lagi suami saya ada di sisi. Mulalah nak manja lebih. 

Cakaplah apa sahaja nak makan, pasti dapat dan sebab itulah sampai saya sekarang ini bertambah bulat.

Ini gambar terkini Hanez Suraya:





Yusof Haslam Akui Singkir Kamal Adli, Elak Konflik Dengan Zizan


Yusof Haslam Akui Singkir Kamal Adli, Elak Konflik Dengan Zizan


Akhirnya penerbit filem Abang Long Fadil 2 iaitu Datuk Yusof Haslam telah tampil memberi kenyataan tentang satu gosip yang sedang hangat diperkatakan antara Kamal Adli dan Zizan Razak.

Yusof Haslam mengesahkan bahawa pelakon Kamal Adli digugurkan daripada senarai pelakon filem Abang Long Fadil 2 yang akan memulakan penggambaran pertengahan bulan depan.

Keputusan menggugurkan Kamal yang juga pelakon utama Abang Long Fadil tahun lalu dibuat atas pertimbangan untuk memudahkan proses penggambaran filem itu nanti selain mahu mengelak sebarang konflik ketika penggambaran kerana rasa kurang selesa yang dikatakan wujud di antara mereka.

Ini komen Yusof Haslam:

“Apa yang berlaku antara mereka rasanya tidak perlulah saya ulas lanjut. Sebagai penerbit saya perlu memikirkan jalan terbaik untuk kebaikan semua pihak dan kelancaran produksi ini nanti”

“Saya tidak mahu wujud perasaan kurang selesa atau konflik dalaman timbul apabila mereka terbabit dalam penggambaran nanti,” 

Sumber: Rotikaya
Wednesday, October 28, 2015

Gambar Rosmah Mansor Ketika Sekolah Menengah Kolej Tunku Kurshiah

Gambar Rosmah Mansor Ketika Sekolah Menengah


Siapa yang tak kenal dengan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, tak lain tak bukan Rosmah Mansor.

Rosmah Mansor yang kini berumur 63 tahun merupakan bekas pelajar sekolah yang amat popular iaitu Tunku Kurshiah College atau TKC.

TKC merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang amat popular dengan keputusan akademik yang amat cemerlang dan melahirkan ramai wanita yang hebat.

Yang menariknya, Wan Azizah iaitu isteri Anwar Ibrahim juga merupakan bekas pelajar Tunku Kurshiah College ini juga.

Ini merupakan sekeping gambar Rosmah Mansor ketika muda remaja (belasan tahun) sewaktu beliau bersekolah di TKC.

Jom lihat.


Ini pula gambar ketika di awal perkahwinan dengan PM Najib



Kamal Adli Bengang Zizan Tak Profesional



Kamal Adli Bengang Zizan Tak Profesional


Kamal Adli kini sah telah digugurkan dari filem Abang Long Fadil 2 yang sepatutnya menggandingkannya dengan pelawak Zizan Razak.

Kedua-duanya mempunyai hubungan dengan pelakon jelita Emma Maembong, yang mana Zizan merupakan bekas kekasih dan Kamal Adli kekasih terkini Emma.

Menurut Kamal lagi, kes dia dibuang dalam filem itu baginya memang tidak profesional dan seperti menutup periuk nasinya sebagai seorang pelakon. 

Menambah lagi kenyataannya, Kamal juga memberitahu bahawa disebabkan permintaan daripada pelawak itu, pihak produksi terpaksa merombak semula skrip filem tersebut untuk menghasilkan jalan cerita yang baru.  

Ini komen Kamal:


"Demi filem ini, saya sanggup menolak semua tawaran yang datang sehingga hujung tahun ini. Malah, saya sudah pun berulang-alik ke gimnasium untuk membina otot tubuh, jelasnya kepada akhbar itu. 

"Saya seorang yang bersikap profesional, walaupun dia tidak mahu saya berlakon. Saya sudah okay sejak awal lagi, malah sudah melupakan perkara lalu. Dia bagaimanapun nampaknya belum dapat menerima kenyataan dan masih mencari kesalahan orang lain," 

Sumber: Media Hiburan
Tuesday, October 27, 2015

"Maria Farida Tergedik Minta Suami Kaya" - Karen Rahman


"Maria Farida Tergedik Minta Suami Kaya" - Karen Rahman


Sebelum ini, telah berlaku perbalahan antara rakan baik dan juga pelakon jelita Maria Farida. Rakannya itu bernama Karen Rahman dan dia menuduh Maria merampas suaminya dan kini mereka telahpun bercerai.

Boleh baca kisah pergaduhan mereka berdua  ( DI SINI ). Kisahnya menjadi lebih rumit apabila anak Karen Rahman pula memburukkan ibu kandungnya sendiri dan menyebelahi Maria Farida (BACA SINI).

Ini pula kenyataan balas dari Karen Rahman:

Saya perhatikan saja sikapnya (Maria Farida) yang suka menggedik dengan bekas suami sejak kami mula berkawan lagi. Tetapi bekas suami saya tidak pernah melayan. Beliau bukan lelaki mata keranjang. 

Kadang saya terdengar mereka berbual, manja saja suaranya meminta bekas suami saya mencari lelaki kaya buat dirinya.

Saya pula jenis tidak pernah ambil peduli. Bagi saya, dia memang terdesak nak bersuami orang kaya. Bagaimanapun saya tidak sangka pula suami saya digoda dan dirampasnya.

Saya sedih mempunyai anak yang tidak mengenang budi. Biarlah Tuhan membalas perbuatannya kerana sanggup memburukkan saya sebagai ibu kandung yang melahir dan membesarkannya.

Bagaimanapun kuasa Tuhan, kekasih Shazleen sendiri menghubungi dan memberitahu saya, kenyataan memburukkan saya itu adalah pakatan bekas suami dan Maria. Shazleen hanya mengikut sahaja. Semua itu cerita rekaan mereka untuk menutup skanda mereka menuduh saya jahat pula.

Mungkin juga (Maria Farida cemburu). Saya tahu Maria selalu memburukkan saya pada teman-teman. Cerita itu sampai pada pengetahuan saya. Dia memfitnah kononnya saya penagih dadah, isteri y ang tidak pandai menjaga suami, keluar rumah tanpa suami dan macam-macam lagi.

Tapi hakikatnya kawan-kawan saya tahu siapa saya. Bagaimana sempurnanya saya menjaga suami dan rumah tangga.

Sumber: BeautifullNara

Respon Mengejutkan Caliph Busker Setelah Nabil Diberi Warning Oleh Astro


Respon Mengejutkan Caliph Busker Setelah Nabil Diberi Warning Oleh Astro


Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat akhirnya tampil memberi kenyataan tentang kes yang menimpa kumpulannya dan juga Nabil.

Azmi memohon orang ramai agar tidak mengambil serius gurauan pengacara Nabil Ahmad yang mempersendakan kumpulannya pada episod pertama program Gegar Vaganza 2 yang bersiaran pada 18 Oktober lalu.

Azmi akui sebenarnya Nabil seorang yang kelakar serta menghiburkan. Caliph Busker juga langsung tidak pernah terasa dengan kata-kata dan juga gurauan kasar Nabil itu.

Ini komennya:

"Jujurnya, sedikit pun kami tak terasa dengan gurauan Nabil itu. Kami mengikuti program itu dan lawak dia memang menghiburkan.

"Apatah lagi setiap minggu kami berjumpa dengan Nabil di program Meletop dan kami sangat mengenali dia yang suka bergurau secara kasar.

"Ahli-ahli Caliph Buskers lain pun seronok dengan gurauan dia kerana kebanyakan orang melayan kami terlalu baik disebabkan kekurangan kami," 

Vokalis itu menambah bahawa dia faham apabila masyarakat marah dengan tindakan Nabil itu, namun orang ramai juga perlu tahu bahawa golongan orang kurang upaya (OKU) juga manusia biasa yang suka bergurau senda.

"Memang dari dulu lagi masyarakat begitu prihatin terhadap sensitiviti golongan OKU. Kami bersyukur dengan perkara itu.

"Tetapi kalau anda semua nak tahu, kami lebih suka jika kami dilayan seperti orang biasa. Kami suka bergurau, malah lebih  kasar daripada Nabil lagi. Hahaha.."

Sebelum ini, Astro memberi amaran dan pesanan kepada Nabil agar lebih berhati-hati ketika membuat lawak di dalam rancangan secara langsung.

Ini ekoran kemarahan orang ramai apabila Nabil dikatakan mempersendakan kumpulan Caliph Busker dalam rancangan Gegar Vaganza apabila mengatakan ahli Caliiph Busker buta.

Astro Bagi Warning Kepada Nabil Ahmad


Astro Bagi Warning Kepada Nabil Ahmad


Pihak Astro telah memberi warning kepada pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad setelah pelawak ini membuat lawak menghina kumpulan OKU Caliph Buskers.

Astro telah memanggil Nabil dan membincangkan isu berhubung tindakan pelawak ini mempersendakan kumpulan tersebut ketika minggu pertama program Gegar Vaganza.

Raqim, Pengurus Saluran Astro Ria, berkata, pada pertemuan itu pihaknya menegur Nabil agar lebih sensitif dan berhati-hati ketika membuat lawak terutamanya menerusi program yang disiarkan secara langsung.

Nabil diarahkan supaya perlu lebih sensitif terhadap keadaan sekeliling biarpun dia tidak berniat untuk mengguris perasaan mana-mana pihak.

Walaubagaimanapun, secara peribadi, Nabil Ahmad telah melahirkan kekesalan dan telah meminta maaf secara live di rancangan Meletop kepada kumpulan Caliph Busker.

Ini komen pengurus Astro Ria:

"Kami telah panggil Nabil dalam satu sesi baru-baru ini dan memintanya lebih berhati-hati dalam membuat lawak ketika mengendalikan program siaran langsung.

"Sebagai pengacara Nabil perlu lebih sensitif terhadap keadaan sekeliling biarpun dia tidak berniat untuk mengguris perasaan mana-mana pihak,"

"Lawak itu subjektif dan bukan semua pihak boleh faham atau terima sesuatu jenaka disampaikan. Bagaimanapun sebagai pelawak Nabil harus lebih peka terhadap keadaan sekelilingnya.

"Penapis yang dibawa Nabil ke pentas ketika mengacarakan Gegar Vaganza tadi (Ahad lalu) sebagai peringatan dan simbolik supaya tapis apa yang ingin diperkatakan,"


Dalam rancangan itu, semasa giliran Zul (Handy Black) membuat persembahan, Nabil telah bertanya mengenai lukisan di atas pentas dan dia telah menyamakan karya itu dengan kumpulan Caliph Buskers yang mana ahli-ahlinya adalah cacat penglihatan.


Wednesday, October 7, 2015

Ashraf Sinclair Kantoikan Nora Danish Dan Nedim

Ashraf Sinclair Kantoikan Nora Danish Dan Nedim 


Pelakon Ashraf Sinclair telah mengakntoikan bahawa Nora Danish dan Nedim telah berada di tempat yang sama ketika di Bali, Indonesia.

Sebelum ini, pelakon sensasi Nora Danish sendiri pernah menjelaskan hubungannya dengan Nedim sudah pun berakhir, namun melalui gambar yang dikongsikan olehnya dan juga pelakon Ashraf Sinclair, ia bagaikan memberi petunjuk bahawa mereka kini berada di satu tempat yang sama.

Pada mulanya, Nora Danish memuatnaik gambar bersama isteri Ashraf Sinclair iaitu Bunga Citra Lestari ketika di Bali.

Ini gambarnya:

Namun, yang menjadi perhatian ialah apabila Ashraf Sinclair pula berkongsikan gambar dia dan Nedim di tempat yang sama.

Ini sekaligus menarik perhatian peminat dan menimbulkan spekulasi bahawa Nora dan juga Nedim sedang bercuti bersama di Bali.

Namun tiada sebarang kenyataan dari pihak Nora Danish tentang hal ini. Mungkin kebetulan?

Ini gambar yang dimuatnaik oleh Ashraf Sinclair:


Anak Harun Salim Bachik Amat Terkilan


Anak Harun Salim Bachik Amat Terkilan 


Anak sulung lelaki Allahyarham Harun Salim Bachik telah meluahkan rasa terkilan dengan luahan isteri kedua  Harun dengan kemelut salah faham dialami keluarga besar itu.

Syafiq Al-Rashid (anak sulung Harun dengan isteri pertama) melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu keluarga balu bapanya mengalami kesukaran hidup.

Baginya, dia berpendapat sebarang masalah dalaman sepatutnya boleh diselesaikan secara kekeluargaan tanpa melibatkan pihak luar.


Syafiq menyatakan ayahnya sentiasa mementingkan nilai kekeluargaan mendidik anak-anak dan selalu berpesan bahawa wang dan kebendaan sentiasa boleh dicari namun hubungan kekeluargaan tiada galang gantinya.


Ini komen Syafiq:

"Saya pun serba salah nak komen, tetapi memanglah rasa terkilan apabila beliau berkata tiada sesiapa membantu keluarga isteri arwah ayah di sana kecuali Afdlin (Shauki),"

Syafiq ada cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesukaran dihadapi isteri Harun melalui panggilan telefon atau mesej namun semuanya tidak berjawab.

"Saya tertanya-tanya, mengapa jadi begitu?" tambah Syafiq.

Walaupun begitu, Syafiq berkata dia akan cuba mencari penyelesaian terbaik untuk merapatkan semula hubungan keluarganya dan juga balu bapanya.

Untuk makluman, Harun Salim Bachik berkahwin dengan Martinah Ahmad dan memperoleh empat anak, termasuk Syafiq.

Selepas bercerai, Harun kemudian berkahwin pula dengan Suriati Mohd Noor dan pasangan itu mendapat dua anak.


Media melalui Melodi ada melaporkan Suriati mengalami hidup yang sukar sejak Harun meninggal dunia dan keluarga itu kini banyak dibantu oleh Afdlin.

Kata Syafiq, walaupun dua anak Harun bersama Suriati adalah adik tirinya, dia tetap menganggap mereka sebagai darah daging sendiri.

"Insya-Allah kami akan cuba selesaikan apa saja salah faham itu nanti," katanya.

Seboleh mungkin, kata Syafiq, dia mahu bapanya dikenang sebagai pelakon atau seniman yang dikagumi ramai, bukannya dibayangi sebarang masalah peribadi.

"Biar orang ingat arwah yang sedang berada di puncak kerjaya," katanya.


Syafiq berkata demikian ketika menghadiri tayangan amal filem Polis Evo yang merupakan lakonan terakhir ayahnya.
Monday, October 5, 2015

Aidil Zafuan Tersenyum Dengan Keputusan Mahkamah

Aidil Zafuan Tersenyum Dengan Keputusan Mahkamah


Pemain bola sepak Malaysia dan juga Johor Darul Takzim dilihat memuatnaik gambar tersenyum lebar setelah mendengar keputusan tuntutan mutaah dari bekas isterinya.

Aidil turut melahirkan rasa syukur dengan keputusan tersebut dan menulis caption di laman instagramnya seolah-olah menang perbicaraan itu.

Ini tulis Aidil:

"Alhamdulilah...Allah sentiase bersame2 kita.10%..."

Aidil diminta untuk membayar sejumlah rm30,000 kepada bekas isterinya, Rita Rudaini dari tuntutan asal sebanyak rm300,000. Hanya 10% sahaja.

Aidil Zafuan juga mengatakan banyak lagi tuntutan akan dibuat oleh Rita Rudaini selepas ini.