Monday, November 30, 2015

Ini Komen Abang Sulung Kepada Yus Jambu, Jaafar Edoo Dedah Hasrat Pak Yus


Abang Sulung Kepada Yus Jambu, Jaafar Edoo Dedah Hasrat Pak Yus 


Yus jambu merupakan anak bongsu dari tiga adik beradik. Yus merupakan anak yatim piatu dan hanya mempunyai seorang abang yang masih hidup.

Abang sulung kepada Yus iaitu Jaafar Edoo, 53 tahun, memberitahu bahawa adik bongsunya itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin ketika mereka bertemu dua minggu lalu semasa dia pulang ke kampung tersebut.

Namun, Yus tidak pernah memberitahu nama gadis itu namun arwah telah mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinannya.

Ini komen abangnya itu:

“Kali terakhir saya bertemu arwah pada dua minggu lepas semasa dia pulang untuk berlakon dalam sebuah drama yang kebetulan penggambarannya di Perlis,” 

“Cuma saya agak terkilan kerana arwah sebenarnya sedang mengukuhkan kewangan dan menyimpan duit untuk mendirikan rumah tangga. Begitupun dia tidak mendedahkan gadis pilihan hatinya,”

“Selain itu arwah juga pernah merancang untuk membina rumah di kampung ini. Saya rasa terkilan hasratnya itu belum tercapai, bagaimanapun Tuhan lebih menyayanginya,” 

“Yus selalu membantu saya malah jika saudara mara lain dalam kesusahan dialah yang banyak membantu,” 

Jaafar mengakui masih terkejut dengan kematian adik bongsunya itu selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya, Julia, 30, yang berada di Hospital Selayang namun dia tetap redha.

Jaafar berkata, Yusry yang merupakan seorang pendiam sukar untuk berkongsi masalah termasuk penyakitnya kerana bimbang ahli keluarganya risau.

Katanya, pada dua tahun lepas, Yusry ada menyatakan mengalami masalah kesihatan berkaitan de­ngan jantungnya tetapi tidak pernah memberitahu tahap mana serius.


(TAKZIAH) Siti Nurhaliza Disahkan Keguguran


(TAKZIAH) Siti Nurhaliza Disahkan Keguguran


Baru-baru ini satu berita gembira tentang kehamilan Siti Nurhaliza membuat ramai yang gembira terutama para peminatnya.

Namun hari ini, Siti Nurhaliza memaklumkan dirinya telah keguguran setelah hamil 2 bulan. Kesiannya.

Ini luahan Siti Nurhaliza:

Bismillahirahmannirohhim … Tanggal 1hb Dec … Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang..

Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct..
Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut , kerana Anugerah ini terlalu baru dan ‘FRAGILE’ untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai..

Ternyata , Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya..

Terima Kasih Suami,Keluarga & sahabat yg memberi kata semangat & peminat yg sentiasa mendoakan Ct..Ct yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Ct iaitu Allah SWT..Selepas habis proses berpantang ni Ct akan menjalani kegiatan seperti biasa..

kena masuk Gym balik dan beberapa acara di jakarta( plan asal shooting di KL sbb pregnant). Buat sahabat2 saya iaitu peminat & Followers saya…teruskan doa yang baik2 ye..mana tahu dalam berjuta ,ada yang makbul doanya..

Ct pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan Anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yg anda inginkan.. sekian catatan panjang lebar dari saya & semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Ct untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima Kasih Allah …Wassalam..

Semoga Siti Nurhaliza tabah hadapi dugaan ini

(VIDEO FULL) Temuramah H! Live Dengan Tauke Serta Pembantu Peribadi Yus Jambu

(VIDEO FULL) Temuramah H! Live Dengan Tauke Serta Pembantu Peribadi Yus Jambu



Pemergian Yus Jambu masih lagi membuatkan ramai terkejut dan merasakan kesedihan terutama keluarga, teman rapat, rakan-rakan dan juga peminat.

Apatah lagi Tauke Jambu dan juga pembantu peribadinya Jun yang merupakan antara insan yang amat rapat dengan Yus Jambu.

Tangisan Tauke dan juga Jun sememangnya kita tidak dapat digambarkan kesedihan mereka kerana kehilangan seorang yang amat rapat.

Jom ikuti temuramah penuh dari Hlive:


Video Pemergian Yus Jambu

Video Penuh: Temuramah H! Live Dengan Tauke Serta Pembantu Peribadi Yus JambuTangisan dari Tauke dan juga June apabila kehilangan seorang sahabat yang amat rapat...

Posted by Dubsmash Malaysia on Monday, November 30, 2015

(35 Gambar) Yus Jambu Selamat Dikebumikan


Yus Jambu Selamat Dikebumikan


Jenazah Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam Bintong, di sini sekitar 2.30 petang tadi.

Jenazah sebelum itu tiba di Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam Bintong dari Kuala Lumpur pada 11.45 pagi untuk di sembahyangkan.

Dianggarkan lebih 3,000 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan kenalan artis dan peminat dari seluruh negeri Perlis kelihatan membanjiri kawasan masjid dari 10 pagi lagi menantikan ketibaan jenazah.

Terdapat juga rakan artis yang hadir seperti Achey, Angah, Atu, Tauke, Hairi Safwan dan Akim AF turut menghadiri majlis pengkebumian itu.

Yus Jambu dilahirkan pada 15 Mac 1976 di Kangar, Perlis.

ini gambar sekitar majlis pengebumian:



































Sunday, November 29, 2015

(Video) Doakan Saya Kawan-Kawan - Yus Jambu

(Video) Doakan Saya Kawan-Kawan - Yus Jambu


Satu video tribute to Yus Jambu menjadi viral di laman sosial. Video ini mengimbas sedikit kenangan arwah Yus bersama rakan baiknya Tauke Jambu dan juga sedikit persembahan di pentas Super Spontan.

Di akhir video ini juga terdapat sedikit ucapan dari Yus yang diambil ketika berada di Labuan Sabah dalam perjalanan ke Bintulu.

Ucapan itu ialah "doakan saya kawan-kawan, love you". Sedikit sebanyak ianya membuat hati para peminat sebak mengingatkan pemergian Yus Jambu.

Semoga Yus Jambu ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh. Mari doakan Yusri Endo dan juga sedekahkan Al Fatihah.

Ini videonya:


Pak Yus Dalam Kenangan

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونYa Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman.. Allahumagfirlahu, Warhamhu Wa'fihi, Wafu'anhu..AlFatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيمٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Posted by Dubsmash Malaysia on Sunday, November 29, 2015

Yus Jambu Meninggal Dunia - Disahkan Tauke Jambu

Yus Jambu Meninggal Dunia - Disahkan Tauke Jambu



Berita mengejutkan buat semua. Pak Yus dari kumpulan Jambu disahkan meninggal dunia sebentar tadi. berita ini disampaikan oleh rakan baiknya Tauke Jambu.

Ini komen Tauke di IG:

salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah

Jom sedekahkan al fatihah


Thursday, November 26, 2015

Ini Respon Mengejutkan Ummi Nazeera Setelah Bapanya Dipenjara


Ini Respon Mengejutkan Ummi Nazeera Setelah Bapanya Dipenjara


Ini satu berita terkini tentang kes mahkamah melibatkan ibu dan juga bapa kepada pelakon jelita Ummi Nazeera.

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman pernjara 31 tahun itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64 tahun, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Datuk Zainulabadin didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd., daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.

Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd.

Dalam penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan. Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam.

Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai. Ummi juga bersyukur dengan keputusan mahkamah tersebut.

Ini komen Ummi:

“Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya,”

Sumber: Rotikaya

Sungguh Sopan: Lihat Apa Yang Siti Nurhaliza Buat Sebelum Block Orang Di Instagram

Sungguh Sopan: Lihat Apa Yang Siti Nurhaliza Buat Sebelum Block Orang Di Instagram


Penyanyi tersohor Dato' Siti Nurhaliza memang terkenal dengan sikap sopan santunnya dan berbudi pekerti serta baik tutur bicaranya.

Baru-baru ini ada seorang follower instagram Siti Nurhaliza bersikap kurang ajar dengan penyanyi tersebut di laman sosial miliknya iaitu insta: @ctdk.

Cara Siti Nurhaliza menjawab komen itu dilihat amat sopan dan sekaligus menjadi bual mulut para follower yang lain.

Siti Nurhaliza telah meinta maaf kepada pemilik akaun terbabit sebelum block akaun IG itu. Alahai sopannya, selalunya artis akan block je terus.

Jom baca permohonan Maaf Siti Nurhaliza itu:


17 Gambar Sekitar Pernikahan Maria Farida Dengan Datuk Rahman


17 Gambar Sekitar Pernikahan Maria Farida Dengan Datuk Rahman


Akhir-akhir ini pelbagai kontroversi melibatkan pelakon jelita Maria Farida sehingga dituduh perampas suami orang oleh rakan baiknya sendiri.

Hari ini, pelakon jelita berumur 45 tahun ini selamat bernikah dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Rahman.

Majlis pernikahan tersebut diadakan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di sini.

Desas-desus tentang majlis perkahwinan pelakon wanita tersebut tersebar sejak awal bulan lalu. Namun, Maria Farida enggan mengulas tentang perkara berkenaan.

Maria Farida sudah menjanda lebih 10 tahun dan mempunyai anak lelaki Mizan Ashley yang kini berusia 18 tahun hasil perkahwinan pertama.

Turut hadir dalam majlis itu ialah aktres Fasha Sandha dan Tiara Jacquelina

Jom layan gambar: