Thursday, December 31, 2015

Gambar Kekasih Amirah Dan Laporan Polis Terkini Penemuan Mereka


Gambar Kekasih Amirah Dan Laporan Polis


Ini merupakan update terkini kes culik adik Amirah. Amirah yang berumur 14 tahun dikatakan diculik oleh lelaki dengan menaiki van putih.

Amirah telah dijumpai semalam bersama teman lelakinya di Selangor.

Ini laporan polis tentang kes ini:

As Salam Ydh Datuk Seri/Dtuk/Dto/Tuan/Puan

UPDATE;
Bandar Sultan Suleiman Rpt: budak perempuan Melayu l4 th d katakn d culik n d viralkan...
SEK .363KK

Butiran pengadu:
Nama: Asmah Binti Mamai
Kpt: 820810 ----------
Alamat: -----------
Pekerjaan: Penyelia

Butiran Mangsa
Nama: Nur Amirah Atirah Binti Abdul Majid
Kpt: 010610 --------
Umur: 14 tahun
Keturunan: Banjar
Alamat: 

Ringkasan kes:
Pada 27/12/2015 jam lebih kurang 1430hrs, semasa pengadu sampai di rumah, pengadu telah mendapati anak perempuan pengadu bernama Nur Amirah Atirah @ ira , Kpt: 010610 telah tiada dirumah. Pengadu kemudianya telah menghubungi anak pengadu dan bertanyakan di mana anak pengadu berada dan anak pengadu telah beritahu bahawa dia mahu berjumpa dengan rakannya. Setelah itu, anak pengadu gagal di hubungi dan oleh kerana bimbang akan keselamatan anaknya, pengadu datang ke balai polis untuk membuat laporan.

TINDAKAN
Hasil drpd siasatan teknikal n kajian talian mangsa telah menimbul identiti saspek dan talian tel yg digunakan
Pada 31/12/15 @ 2200Hrs Sepadulan Polis JSJ D8 diketuai olh PT D8 ASP Nazeri dibantu llh peg serbuan Insp Anuar Ibrahim n btn JSJ D8 Bkit Aman tlh thn sebuah m/KAR WJS 6128 di dapati 1L C .1PM n 1 Kanak perepuan melayu umur 6 thn di depan petrol pam petronas Kanchong Darat Banting.

Hasil pemeriksan dapati
1. Perrmpuan melayu nama NUR AMIRAH ATIRAH
(Mangsa)
2. NURQISTINA umur 6 thn
3. GAN CHIN TECK (ic: 961127------- )

HASIL SOALSIASATAN AWAL
1. Mangsa mengaku tidak culik sengaja mengadakn diri di culik.
2. Buat panggilan kepada ibu bahwa menyatakan diculik.
3. Lelaki Cina tersebut adalah teman lelaki yg dikenali 1 minggu.
4. Semasa keluar rumah tinggal bersama bapa angkat nama NIZAM di Sg Emas.
5. Tujuan mangsa buat bergini hendak bebas.
6. Mangsa tidak bersekolah brkerja di ASAM PEDAS Bdr Baru Sultan Sulaiman.
7. Mangsa mengaku tiada hubungan sek bersama teman lelaki



Perbincangan Awal Gagal: 2 Syarat Untuk Datuk Seri Vida Taja Pasukan Kelantan


Perbincangan Awal Gagal: 2 Syarat Untuk Datuk Seri Vida Taja Pasukan Kelantan


Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida menetapkan dua syarat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum bersedia menaja badan induk itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2016.

Dua syarat berkenaan ialah:

1) Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu / pink
2) Nama skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).

Syarat yang dituntut itu bukan saja dapat mengubah wajah pasukan Kelantan, malah yang lebih penting pasukan itu memperoleh suntikan dana untuk mengubah semula kredibilitinya.

Ini komen Datuk Vida:

"Soal tajaan, saya tidak kisah... Jika mereka tidak cukup perbelanjaan, saya boleh salurkan. Mereka memerlukan dana secepat mungkin dan saya bersedia membantu tetapi bersyarat. 

"Syarat pertama, Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu kerana ia dapat menghasilkan satu kelainan kepada penyokong bola sepak Kelantan. 

"Kedua, nama pasukan seharusnya ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors seperti Negeri Sembilan yang menukar nama pasukan itu kepada NS Matrix. 

"Biarlah kita sama-sama membangunkan pasukan Kelantan yang dulunya amat disegani oleh pasukan lain," 

Nampaknya kerana 2 syarat itu rundingan antara Vida dan KAFA menemui jalan buntu dan gagal menemui persetujuan.

Walaupun rundingan awal menemui kegagalan, pihaknya sentiasa membuka pintu kepada KAFA untuk melakukan perbincangan lebih terperinci mengenai penajaan itu.

Ini komen Datuk Vida lagi:

 "Dalam pertemuan sebelum ini, kami tidak melakukan rundingan secara serius sebaliknya saya hanya memberi pengenalan saja mengenai tajaan itu. 

"Bagi saya permintaan KAFA tiada masalah, cuma bila saya tunaikan, mereka perlu memberi ruang kepada saya untuk melakukan sesuatu yang positif kepada pasukan. 

"Saya memang terpanggil untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini memandangkan saya berasal dari Machang, Kelantan. Saya pasti rundingan akan dilakukan lagi kerana KAFA memang memerlukan bantuan saya,"

Sumber: BH


19 Gambar Dan Video Sekitar Majlis Pernikahan Marsha Milan Londoh


19 Gambar Dan Video Sekitar Majlis Pernikahan Marsha Milan Londoh


Sebentar tadi, Marsha Milan Londoh telah selamat diijabkabulkan dengan Mohamed Shaiful Nizam bin Dato Seri Hj. Mohamed Ismail.

Marsha sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan hanya dengan sekali lafaz sahaja dalam satu majlis yang diadakan di Pulau Pinang.

Majlis resepsi pasangan pengantin baru ini akan diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari nanti

Ini video nikah:



#InstaArtis : Tahniah @marshamilan yang selamat bergelar isteri kepada @sepol_ali dengan sekali lafaz sebentar tadi.Kredit video @dafiismailsabri
Posted by ERA fm on Thursday, December 31, 2015


Ini komen Marsha:

"Saya bersetuju untuk berkahwin dengan pasangan saya Mohamed Shaiful Nizam setelah melihat keikhlasan dan kejujuran beliau sepanjang perkenalan kami.  Sifatnya yang sentiasa mengambil berat dan hormat dengan ahli keluarga saya amat menambat hati.  

"Beliau juga sentiasa memberi sokongan dalam kerjaya seni dan mahu saya lebih maju dalam bidang ini.  Di atas sikap yang ditunjukkan ini menguatkan gerak hati saya untuk menerima lamarannya," 

Rakan-rakan artis yang dilihat turut hadir seperti Elfira Loy, Michael Ang, Rich, Velvet, Dafi, Adira, Sharifah Sakinah dan Adeline Tsen.

Tahniah sekali lagi diucapkan.




















Wednesday, December 30, 2015

Nak Malukan Nazim Othman, Tapi Setepek Kena Muka Sendiri

Nak Malukan Nazim Othman, Tapi Setepek Kena Muka Sendiri


Niat seorang gadis untuk membahan dan memalukan Nazim Othman akhirnya menjerat diri apabila Nazim membalas dengan jawapan yang padu.

Gadis itu pada mulanya cuba membahan Nazim Othman dengan mengatakan dia memakai lipstik tetapi Nazim pula membahan gadis itu yang tidak memakai tudung.

Jawapan Nazim itu mendapat perhatian ramai dan ada yang tergelak dengan perbualan mereka berdua. Fuh setepek kena. Memang deep bro.

Jom layan:



(5 Gambar) Baby Girl Hanez Suraya

Hanez Suraya Kongsi Gambar Anak


Pelakon Hanez Suraya dan suaminya Romie telah selamat menerima bayi perempuan semalam di Hospital Prince Court.

Bayi perempuan yang sihat itu dilahirkan secara normal kira-kira jam 9 malam dengan berat 3.5kg.

Rata-rata peminat setia Hanez mendoakan pelakon itu agar dipermudahkan urusan dan tak sabar menatap wajah anak Hanez Suraya itu.

Jom lihat sedikit gambar yang dikongsikan:






Koleksi Gambar Artis Tanpa Solekan

Koleksi Gambar Artis Tanpa Solekan


Artis sememangnya menjadi tumpuan orang ramai dan masyarakat di Malaysia ini.

Kalau keluar ke majlis atau ke mana-mana sekalipun, selalunya artis akan mengenakan make-up, biar nampak cantik sikit katanya

Ramai juga tak pernah lihat wajah sebenar artis tanpa solekan atau wajah semulajadi artis.

Sebenarnya cantik dan comel je kalau artis ni tak bersolek tebal-tebal. Tapi dah menjadi kebiasaan kan.

Nah ini throwback gambar artis tanpa solekan. Jom layan je la.
















Tuesday, December 29, 2015

Ezany Malu Dengan Datin Paduka, Dedah Punca Mengapa Isteri Baru Nak Bersuara


Ezany Malu Dengan Datin Paduka, Dedah Punca Mengapa Isteri Baru Nak Bersuara


Pelakon Ezany Nizariff sedang dilanda kontroversi apabila isterinya membuat pendedahan media semalam tentang hal rumah tangga mereka. (BACA SINI)

Ezany kini membalas kenyataan isterinya dan mendakwa isterinya iaitu Lizda Nuryanti Abidin membuat pendedahan kepada media tentang masalah rumah tangga mereka selepas cinta dia terhadap seorang lelaki ditolak.

Ezany Nizariff menyifatkan tindakan Lizda adalah lucu dan tidak bijak. Selain itu Ezany mengatakabn isterinya berbohong tentang segala-galanya.

Ezany juga mahu isterinya itu memberi bukti setiap kenyataan yang dibuatnya.

Ini komennya:

"Setelah lama dia menghilang, tidak hadir ke mahkamah untuk kes perbicaraan cerai nusyuz, hak penjagaan kekal anak dan hak penjagaan anak sementara, tiba-tiba dia muncul dengan kenyataan media yang kurang bijak.

"Saya tahu dia kecewa apabila lelaki harapan yang kononnya mahu bernikah dengannya meninggalkan dia dan berkahwin dengan orang lain membuatkan dia berani keluarkan kenyataan kepada media memburukkan saya pula," 

"Apabila menuduh saya tidak beri nafkah dan majlis kahwin ditanggung oleh dia sepenuhnya, saya tak nampak di mana logiknya itu kerana ketika kami berkahwin, dia tiada duit.

"Kalau saya tak beri nafkah, macam mana dia boleh hidup senang? Takkan setiap kali nak bagi nafkah, saya perlu membuat penyata gaji?

"Bagi saya, senang sahaja, buktikan apa yang dia katakan itu betul. Kerana saya juga ada bukti mengenai kecurangannya itu," 

Sementara itu, Ezany berkata, pendedahan Lizda itu membuatkan wanita yang rapat dengannya dikenali sebagai Datin Paduka K turut terkena tempias kemelut masalah rumah tangganya itu.

"Jujurnya saya malu dengan dia (Datin Paduka K) kerana dia juga terkena tempias gara-gara masalah saya dan Lizda. Sedangkan kami baru kenal rapat," 

Ezany memberitahu bahawa kes cerai dan nusyuz yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya manakala tuntutan hak penjagaan kekal anak dan hak penjagaan sementara anak dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Semua kes masih belum selesai.

Sementara itu, Lizda pula mendakwa telah mendapat hak penjagaan sementara dua anak mereka di Mahkamah Rendah Syariah Tawau.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan pada 1 Julai 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Hayden Harraz yang berusia 2 tahun dan Rayyan Harraz (4 tahun).

Marsha Milan Peluk Islam, Nikah Khamis Ini


Marsha Milan Peluk Islam, Nikah Khamis Ini


Marsha Milan Londoh akhirnya akui bakal berkahwin dengan ahli perniagaan iaitu Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada Khamis ini dan dia mengesahkan sudah memeluk Islam beberapa minggu lalu.

Marsha berkata, dia telahpun melafaz dua kalimah syahadah dan berlangsung dengan tenang dan lancar sambil disaksikan keluarga terdekat.

Namun lokasi pengislaman dan tarikh sebenar majlis itu dirahsiakan atas permintaan keluarga. Dia juga masih mengekalkan nama asalnya.

Ini komennya:

"Ya saya sudah memeluk agama Islam. Segalanya berjalan lancar seperti apa yang dirancang. Apa yang saya harapkan penghijrahan saya ini tidak disensasikan kerana ia terlalu peribadi buat saya.

"Apa yang saya mohon di sini jangan dihebohkan perkara ini kerana semuanya sudah selesai demi menghormati kedua belah pihak," 

"Saya memilih untuk lebih berdiam diri dari berbicara tentang perancangan perkahwinan saya kepada pihak media kerana ada banyak hal yang kami perlu uruskan sebelum ini. 

"Setelah mencapai kata sepakat diantara keluarga dan beberapa perkara sudah disahkan barulah kami bersedia memberi jawapan yang pasti kepada umum.

"Saya sangat gembira sekali dengan penyatuan ini. Apa yang saya harapkan, majlis yang bakal berlangsung nanti berjalan lancar dan menjadi kenangan terindah buat saya dan keluarga kami,"

Marsha sempat berkongsi kisah percintaannya dengan Mohamed Shaiful Nizam. Marsha berkata, dia mengenali ahli perniagaan itu sejak 10 tahun lalu namun bibit percintaan mula berputik sejak 2013.

Kata Marsha,Shaiful seorang yang jujur dan ikhlas serta hormat ahli keluarga dan sikap itu berjaya menambat hatinya.

Sementara itu majlis pernikahan pasangan berkenaan akan diadakan secara tertutup tanpa liputan media. Namun pihak pengurusan Marsha akan megedarkan kenyataan media bagi tujuan hebahan kepada peminat.

Majlis resepsi kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan pada 8 Januari 2016 di Hotel Majestic dekat sini.

Tahniah kepada Marsha