Maria Farida Akhirnya Buka Mulut, Buat Kenyataan Balas


Maria Farida Akhirnya Buka Mulut, Buat Kenyataan Balas 


Maria Farida ternyata terkejut dengan pendedahan anak tirinya. Maria Farida menjelaskan dirinya difitnah oleh anak tiri sendiri.

Maria akhirnya memberi komen tentang hal ini dan memberitahu anak sulung itu yang menuduh kononnya dia menghasut suaminya, Datuk Rahman Shakur, agar mengabaikan kebajikan empat anak tiri yang lain.

Ini komen Maria Farida:

“Saya tidak faham bagaimana isu ini boleh timbul. Kami berdua memang terkejut dengan kenyataan Nurshazleen yang dibuat secara tiba-tiba ini. Hubungan suami dan anak-anak tiri saya sangat rapat, malah baru sahaja berjumpa beberapa hari lepas”

“Tiada pula timbul soal menghasut bapa mereka untuk tidak mempedulikan kebajikan anak-anak. Biarlah mereka hendak berkata apa sahaja, yang penting saya dan suami tahu keadaan sebenar”

“Saya harap mereka tidak menyesal kerana mengambil tindakan melulu seperti ini,” 

Sumber: Kosmo

0 comments:

Post a Comment