Bekas Suami Yatt Hamzah Luah Perasaan Setelah Yatt Umum Nak Nikah Lain


Bekas Suami Yatt Hamzah Luah Perasaan Setelah Yatt Umum Nak Nikah Lain


Yatt Hamzah telah mengumumkan bakal bernikah dengan seorang juruvideo yang 10 tahun lebih muda darinya.

Setelah pengumuman itu dibuat, bekas suami pelakon itu, Abdul Mutalib Abdul Shukor, tampil meluahkan perasaannya.

Andai Yatt pernah menafikan bakal suami, Mohammad Zulfadhli Khiruddin sebagai punca runtuhnya mahligai yang dibina bersama Abdul Mutalib, bekas suaminya pula mendedahkan perkara sebaliknya.

Ini komennya:

MAAFKAN MEREKA

"Mengenai bakal suami Yatt yang didakwa sebagai 'orang ketiga' dalam khabar angin perceraian kami, saya sama sekali tidak menafikannya. 

"Bagaimanapun, saya sudah lama memaafkan mereka. Saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka. 

"Saya rasa berdosa mengiyakan secara langsung dengan menidakkan kebenaran yang nyata. Saya seperti bersubahat menipu masyarakat. Cukuplah komen saya mengenai hal ini," 

TAK TERKEJUT 

"Seperti yang dijangka, saya tidak terperanjat dan terima berita itu dengan hati terbuka. Saya berdoa segala-gala dirancang berjalan lancar dan jodoh baharu Yatt kekal. 

"Saya juga berharap Yatt hormat, jujur dan taat kepada suami baharunya dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak kami, Suci Hanania Malikka," 

Yatt Hamzah dijadualkan bernikah dengan Mohammad Zulfadhli pada jam 8 pagi di sebuah masjid di Shah Alam pada 27 Februari ini. Tahniah diucapkan.

BHarian

0 comments:

Post a Comment