Isteri Muda, Maut Ditumbuk Suami Di Ipoh


Isteri Muda, Maut Ditumbuk Suami Di Ipoh


Seorang isteri yang masih muda remaja baru sahaja berusia 17 tahun ditemui mati dipercayai dipukul oleh suaminya di rumah mereka.

Kejadian mengejutkan ini berlaku di rumah suami isteri ini yang terletak di Ladang Sengat, Simpang Pulai, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa bernama S Durga Devi. Mangsa telah ditemui terbaring di ruang tamu rumah dengan kesan kecederaan pada muka dipercayai akibat tumbukan suaminya berusia 27 tahun.

Asisten Komisioner Sum Chang Keong yang merupakan Ketua Polis Ipoh berkata polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan tentang kejadian itu sekitar 7.30 pagi.

Ini komennya:

"Kita menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring dengan kesan pada mukanya seperti ditumbuk. 

"Susulan kejadian itu, polis menahan suami mangsa di perkarangan rumah berkenaan kira-kira dua jam selepas siasatan dilakukan,"

Hasil siasatan awal mendapati jiran pasangan itu ada terdengar mereka bertengkar lewat malam dan jam 5 pagi tadi.

Beliau berkata, polis percaya pertengkaran membabitkan masalah keluarga. Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

0 comments:

Post a Comment