"Syarul Sejahat- Jahat Manusia" - Ustaz


"Syarul Sejahat- Jahat Manusia" - Ustaz


Pelakon Syarul Ridzwan kini telah menukar namanya dan menggunakan nama betulnya iaitu Saharul Ridzwan. Pelakon ini juga telah menukar namanya di laman instagram.

Sebelum ini, dia memilih nama Syarul Ridzwan untuk tujuan komersial, namun setelah ditegur seorang ustaz, dia menukar kembali kepada nama asalnya iaitu Saharul.

Ini komennya:

“Sebelum ini, saya sekadar mencipta nama Syarul kerana memikirkan aspek komersial. Bagaimanapun, selepas ditegur ustaz yang saya kenali, beliau menyarankan supaya saya menukar kepada nama asal saja”

“Ustaz itu memberitahu, nama Syarul sebelum ini lebih kurang bermakna sejahat-jahat manusia. Jadi, saya fikir tidak salah untuk menukarnya kepada nama asal saya,”

Semoga setelah bertukar nama asal ini kehidupan Saharul akan sentiasa dilimpahi rezeki. InsyaAllah

0 comments:

Post a Comment