Gambar Kereta Mewah Baru Milik Aweera

Gambar Kereta Mewah Baru Milik Aweera


Penyanyi Aweera, bekas vokalis kumpulan Mojo kini telah memiliki kereta mewah dan juga motor berkuasa tinggi yang baru.

Penyanyi ini telah memuatnaik kenderaan miliknya itu di laman sosial instagram. Namun ianya mencetuskan sedikit kontroversi apabila ada mulut jahat yang mengatakan Aweera kini riak dengan menunjukkan kereta baru tersebut.

Jom baca komen Aweera tentang hal ini:

KERETA BARU

"Saya muat naik gambar di laman sosial bukan bermaksud untuk riak, ia sekadar suka-suka. Sejak saya jadi artis saya hanya pakai kereta buruk sahaja dan kereta itu masih lagi ada saya simpan kerana banyak berjasa.

"Kereta ini baru sahaja saya beli dengan duit yang saya kumpul, ia memang kereta idaman sejak mula menceburi bidang seni, Alhamdulillah sekarang baru dapat,"

REZEKI BERJALAN LANCAR

"Alhamdulillah hidup kini lebih baik dan berjalan lancar. Biarpun jarang keluar televisyen, tawaran persembahan saya sama sahaja seperti dulu.

"Apa yang ada adalah rezeki daripada Allah dan ia merupakan hasil usaha keras saya sendiri selama bergelar artis, bukan daripada pihak lain,"

Ini gambar kereta dan motor baru Aweera:



0 comments:

Post a Comment