Ini Reaksi Siti Nurhaliza Setelah Tewas Kepada Ayda Jebat


Ini Reaksi Siti Nurhaliza Setelah Tewas Kepada Ayda Jebat


Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin memberi respon setelah ditewaskan pelakon dan penyanyi Ayda Jebat di Anugerah Meletop Era baru baru ini.

Siti Nurhaliza berkata dia menerima kenyataan itu kerana baginya ia satu anugerah yang ditentukan oleh undian peminat bukan juri professional seperti anugerah AIM (Anugerah Industri Muzik).

KECEWA TAK?

“Ini semua undian peminat dan tiada apa yang perlu buat saya rasa kecewa atau sebagainya. Saya menerima keputusan itu dengan baik.

“Anugerah ini pun bertujuan untuk mendekatkan peminat dengan artis. Lain lah jika saya ditewaskan di AIM, itu mungkin buat saya kecewa,” 

PEMINAT BERANG KEMENANGAN AYDA JEBAT

“Saya pun faham apa yang mereka rasa. Mungkin mereka emotional kerana mereka sudah pulun mengundi tetapi akhirnya keputusan tidak seperti mereka harapkan.

“Saya harap mereka terimalah kenyataan kerana ia sekadar anugerah yang berasaskan undian. Saya pun ada beri semangat kepada mereka yang mengundi saya untuk menghargai apa yang mereka lakukan,” luahnya lagi.

Ayda Jebat membuat kejutan apabila menewaskan nama nama besar di Anugerah meletop Era seterusnya membuatkan netizen mempersoalkan kemenangan besar itu.

0 comments:

Post a Comment