TERKINI: Lana Nordin Selamat Lahirkan Bayi Perempuan


TERKINI: Lana Nordin Selamat Lahirkan Bayi Perempuan


Pelakon Lana Nordin telahpun selamat melahirkan bayi perempuan pada Januari yang lalu di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Namun pelakon ini hanya berdiam diri sahaja dan langsng tidak memuatnaik gambar anaknya itu di laman sosial.

Lana Nodin menjelaskan kepada Harian Metro antara sebab dia tidak menghebahkan mengenai cahaya matanya kerana tiada orang bertanya. Selain itu, salah satu sebab lain ialah di atas kehendak suaminya yang tidak mahu berita itu dihebahkan.

Tambah Lana lagi, bayi perempuan yang diberi nama Gia Quinn Mckienzie, dilahirkan dengan berat 4 kilogram pada pertengahan Januari lalu di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Berita tentang anak Lana Nordin hanya mula menjadi perhatian apabila ada peminat terserempak dengan mereka sekeluarga di Singapura.

Ini komen Lana:

“Lagipun tidak ada yang bertanya. Dalam waktu sama lepas berpantang, saya dan Gia harus mengikut suami yang bekerja di luar negara,”

Lana Nordin dan suami akan memperkenalkan Gia kepada peminat apabila tiba waktunya nanti.






0 comments:

Post a Comment