Ingat Saya Gila Ke? - Rozita Che Wan


Ingat Saya Gila Ke? - Rozita Che Wan 


Pelakon Rozita Che Wan telah memberi satu komen yang pedas apabila ditanya oleh wartawan tentang gambar seluar koyaknya yang menjadi viral semalam.

Pelakon jelita ini menegaskan dia faham apa yang dilakukan tentang cara berpakaian yang sesuai untuk seseorang yang dah bertudung

Che Ta malas mengendahkan kritikan pengguna laman sosial yang sering menegur cara berpakaian dan hanya mencari kesilapannya semata-mata.

Ini komennya:

"Awak rasa saya dah gila ke nak pakai seluar koyak tapi bertudung? Saya malas hendak jawab tentang perkara ini.

"Apa yang ingin saya tegaskan ialah saya tahu apa yang saya buat... itu yang penting," 

"Orang di Instagram itu memang rasa diri mereka suci dan nampak orang lain semua tidak betul. Saya ambil pendekatan tidak mahu bertelagah dengan mereka," 

Rozita Che Wan mengesahkan dia mengenakan legging atau sarung betis sebelum memakai jean koyak berkenaan.

0 comments:

Post a Comment