Pengarah Filem, Michael Ang Tampil Dedah Perkara Sebenar


Pengarah Filem, Michael Ang Tampil Dedah Perkara Sebenar


Michael Ang tampil mendedahkan perkara sebenar ekoran pergaduhan yang semakin menjadi-jadi antara Ruhainies dan Janna Nick.

Pengarah ini  memberitahu, Ruhainies merupakan pelakon back up untuk filem Kimchi Untuk Awak bagi menggantikan pelakon Natasha Elyzza yang pada awalnya mempunyai masalah jadual.

Namun Michael berkata, dia membatalkan untuk mengambil Ruhainies setelah masalah jadual pelakon Natasha dapat diselesaikan sebelum penggambaran bermula.

Ini komennya:

"Pada awalnya salah seorang pelakon filem itu iaitu Natasha berhadapan dengan masalah jadual penggambaran dan Emma Maembong memperkenalkan Ruhainies kepada saya untuk menggantikan pelakon itu.

"Saya bersetuju untuk mengambil dia pada awalnya, tapi saya juga sudah jelaskan keadaan sebenar iaitu jika masalah jadual Natasha tidak dapat diselesaikan barulah saya ambil dia.

"Namun, selepas itu jadual Natasha dapat diselesaikan dan saya tidak jadi ambil Ruhainies ganti tempat pelakon wanita itu,"


Saya tidak pasti sama ada tuduhan Ruhainies itu berkaitan filem ini atau filem lain, tapi kalau dia maksudkan filem ini, dia salah.

"Tiada siapa yang hasut saya dalam hal ini, kalau masalah jadual Natasha tidak selesai sudah tentu saya ambil dia sebagai gantinya,"


Sebelum ini Ruhainies mendakwa Janna Nick menghasut Michael Ang untuk menggugurkannya dari filem tersebut.

Jelas Michael, keputusan tidak mengambil pelakon wanita itu terlibat dalam filem berkenaan bukan hasutan daripada Janna Nick atau mana-mana pihak.

Filem Kimchi Untuk Awak merupakan filem pertama arahan Michael Ang yang sedang menjalani penggambaran di Korea Selatan.

Antara pelakon yang terlibat ialah Emma Maembong, Aiman Hakim Redza, Sharifah Sakinah dan Janna Nick.

0 comments:

Post a Comment