Respon Aidil Zafuan Setelah Diarahkan Bayar RM68 Ribu Kepada Rita Rudaini


Respon Aidil Zafuan Setelah Diarahkan Bayar RM68 Ribu Kepada Rita Rudaini


Mahkamah telah mengarahkan pemain bola sepak kebangsaan dan juga JDT iaitu Aidil Zafuan untuk membayar sebanyak RM68,530 kepada bekas isterinya,Rita Rudaini.

Jumlah ini termasuk nafkah tertunggak dan juga segala kos guaman Rita Rudaini sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung.

Respon yang diberikan oleh Aidil Zafuan amta mengejutkan ramai setelah beliau menerima keputusan tersebut dengan amat positif dan hati yang terbuka.

Bagi Aidil, ianya merupakan rezeki kepada bekas isterinya itu.

"Saya terima dengan hati terbuka dan saya berpuas hati dengan keputusan hakim. Saya bukan membantah untuk tuntutan dikemukakan, tetapi membantah jumlah yang dikemukakan sebelum ini."

Mahkamah memberikan tempoh 45 hari  bermula semalam kepada Aidil untuk menjelaskan bayaran nafkah serta kos guaman tersebut.

Rita sebelum ini memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 daripada Aidil, pada 7 Julai 2014 mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.


Aidil sebelum ini hanya membantah jumlah mutaah yang berjumlah RM300,000 yang dituntut oleh Rita.


Walaubagaimanapun, pada Oktober tahun lalu, pihak mahkamah memutuskan Aidil hanya perlu membayar RM30,000 tuntutan mutaah terbabit.

0 comments:

Post a Comment