"Saya Tak Faham Mengapa???.." - Jihan Muse Luah Rasa Kecewa


"Saya Tak Faham Mengapa???.." - Jihan Muse Luah Rasa Kecewa


Jihan Muse tak dapat menahan rasa kecewanya apabila akaun instagram digodam pihak tidak bertanggung jawab sehingga dipautkan ke laman p0rn0.

Jihan yang baru sahaja bernikah dengan Ungku Hariz memang amat kecewa kerana menjadi mangsa godam yang kini semakin menjadi-jadi.

Ini komennya:

“Sebelum saya, beberapa artis lain juga dah terkena. Apa yang saya kesalkan, mereka terus pautkan Instagram (IG) saya ke laman p0rn0.

“Ya, saya marah kerana IG saya bukan sahaja tempat untuk saya beramah mesra dengan para peminat, tetapi ia juga melibatkan urusan kerja.

“Saya tak faham kenapa perlu ada golongan begini yang mempunyai banyak masa untuk  buat perkara-perkara tak berfaedah,”

“Saya tidak mempunyai akaun IG lain selepas digodam kerana saya sedang cuba untuk mendapatkan kembali akaun lama saya,” 

Terkini, Jihan kini berjaya mendapatkan semula IG bernama ‘JIHANMUSE’ dan telah mempunyai seramai lebih 20 ribu pengikut.


0 comments:

Post a Comment