Sikap Nora Danish Ditegur Orang Iceland


Sikap Nora Danish Ditegur Orang Iceland


Pelakon jelita Nora Danish telah mengadakan fotoshot di negara Iceland yang sememangnya amat cantik sekali.

Namun Nora Danish telah ditegur oleh orang Iceland gara-gara sikapnya yang terbawa-bawa budaya dari Malaysia iaitu bermain handphone.

Untuk pengetahuan, budaya di sini jarang orang sedang melepak bersama-sama di restoran tapi mata masing-masing sibuk bermain telefon bimbit masing-masing.

Mereka menegurnya agar segera meletakkan telefon bimbit sekali gus berbual dengan ahli keluarganya yang turut berada di situ.

Ini komen Nora Danish:

“Masyarakat di sana memang ramah dan juga mengambil berat terhadap orang sekeliling. Pernah ketika kami singgah di sebuah restoran untuk makan, kami masing-masing asyik dengan telefon.

“Melihat keadaan itu mereka menegur kami agar menyimpan telefon dan berbual di antara satu sama lain.

“Apabila melihat sekeliling masyarakat tempatan yang berada di dalam restoran tersebut memang tiada seorang pun memegang telefon dan membuatkan kami malu dan menyimpan telefon,” 

Nora ke Iceland baru-baru ini bagi menjalani penggambaran foto dan video untuk mempromosikan koleksi tudung Owl By ND untuk keluaran Aidilfitri nanti.

Nora memilih Iceland kerana terpaut dengan kecantikan dan keindahan negara tersebut yang dipaparkan menerusi filem Dilwale lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol.

0 comments:

Post a Comment