(VIDEO) Detik Remaja Di Islamkan Oleh Dr. Zakir Naik Di Terengganu


(VIDEO) Detik Remaja Di Islamkan Oleh Dr. Zakir Naik Di Terengganu


Ceramah Dr. Zakir Naik di Terengganu menjadi viral ekoran tersebar kisah seorang remaja yang mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam.

Sseorang remaja Kristian berumur 19 tahun, Nina Grace, memilih untuk memeluk Islam apabila dipelawa oleh Dr. Zakir Naik selepas pelajar terbabit bertanyakan soalan.

Menurut pelajar terbabit, dia telah kerap membaca surah Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat Kursi. Nian Grace kemudian bertanya adakah dia tidak menghormati Islam dengan berbuat sedemikian?

Ini antara soal jawab antara mereka berdua:

Dr. Zakir Naik terus menjawab : Tidak.

Dr. Zakir Naik kemudiannya bertanya kepada pelajar tersebut beberapa soalan sebelum mengajaknya mengucap dua kalimah Syahadah.

Dr. Zakir : "Adakah kamu percaya hanya ada satu Tuhan?"

Grace : "Ya"

Dr. Zakir : "Adakah kamu percaya Jesus itu Tuhan?"

Grace : "Tidak"

Dr. Zakir : "MasyaAllah.. Adakah kamu percaya Nabi Muhammad pesuruh Allah?"

Grace : "Ya".

Selepas berpuashati, gadis tersebut bersetuju untuk mengikut Dr. Zakir mengucap dua kalimah Syahadah dan meemluk agama Islam diikuti dengan tepukan dari orang ramai.








0 comments:

Post a Comment