Thursday, May 19, 2016

Fiza Elite Dedah Identiti Teman Lelakinya

 Akhirnya Fiza Elite Dedah Identiti Teman Lelakinya


Penyanyi dan pelakon Fiza Elite atau Fiza Halim kini telah tampil memberi kenyataan ekoran gosip terbaru yang melanda dirinya.

Dikatakan dia kini hendak kahwin baru setelah bercerai dengan penyanyi Adam AF.

Namun Fiza telah menafikannya namun akui kini sedang dilamun cinta. Akhirnya kini dia lebih terbuka untuk bercerita tentang kekasihnya

Ini komennya:

Saya tak nafikan, gambar lelaki dengan muka ‘bertutup’ tu, memang dialah orangnya. Dia teman lelaki saya sekarang.  Dia pilot, umur pun memang muda berbanding saya.

Dia baru 30 tahun, saya sudah hendak mahu 35 tahun. Kadang-kadang rasa juga yang saya ni sudah tua berbanding dia. Tetapi, apa boleh buat, bila hati sudah suka.

Salahkah kalau saya mahu memulakan hubungan yang baharu? Kami mula kenal selepas saya habis idah pada Disember lalu. Saya dan Adam bercerai pada September, taklah baru pun.

Salahkah saya untuk punya seorang lelaki dalam hidup, setelah apa yang berlaku sebelum ini? Sebagai manusia biasa, semua orang perlukan kasih sayang dan perhatian. Saya pun macam itu juga. Jangan hendak pandang buruk sebab semua manusia sama saja.


Semoga Fiza Elite berbahagia selalu.

0 comments:

Post a Comment