Wednesday, May 18, 2016

Jejai Beri Kenyataan Balas Ekoran Laporan Polis Fasha Sandha

Jejai Beri Kenyataan Balas Ekoran Laporan Polis Fasha Sandha


Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali dengan nama Jejai telah tampil membuat kenyataan untuk membersihkan namanya.

Jejai mendakwa laporan polis oleh bekas isterinya, Fasha Sandha yang mendakwa dia masih mengganggu kehidupan pelakon itu, adalah satu berita yang tidak berasas sama sekali.

Baca Laporan Polis Dari Fasha Sandha (DI SINI)

Jejai meminta supaya pihak berkuasa menyiasat sepenuhnya tuduhan yang telah dibuat oleh bekas isterinya itu.

Bagi Jejai, laporan polis oleh Fasha itu merupakan satu perkara yang amat menghairankan dan tidak ada satu pun kebenaran dalam dakwaan pelakon itu.


Ini komen Jejai:

“Saya sendiri menuntut supaya pihak berkuasa siasat perkara ini untuk tahu kebenarannya. Biar masyarakat tahu sama ada ‘cerita’ itu benar atau sebaliknya,”

“Saya sendiri hairan kenapa cerita seperti itu boleh timbul, sedangkan tidak ada satu pun yang benar mengenainya,”


Jejai telah berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang telah mengaibkan dirinya dengan menyebarkan pelbagai andaian buruk semenjak dia bercerai dengan Fasha.

Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 sebelum mengambil keputusan bercerai pada 20 Januari lalu.

Hasil perkahwinan selama empat tahun itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2.

Sumber: UTUSAN

0 comments:

Post a Comment