Sunday, May 29, 2016

Yazit Dedah Muslihat Amy Search Ketika Ziarah Di Hospital

Yazit Dedah Muslihat Amy Search Ketika Ziarah Di Hospital


Pemain dram kumpulan Search iaitu Yazit telah mendedahkan muslihat dari Amy Search ketika menziarahnya sakit di hospital.

Perkara ini didedahkan oleh Yazit setelah Amy memberitahu dia mempunyai bukti melawat Yazit ketika di hospital.

Ini komen Yazit:

Nampak atau tidak muslihat dia? Saya tidak sedarkan diri. Dia ambil tangan saya, bersalam, muka dia senyum tengok kamera. Apa maknanya itu? Dia hendak tunjuk pada media dia bagus. 

Sebagai kawan, dia tidak perlu buat begitu. Sepatutnya duduk sebelah bacakan saya Yaasin kerana saya pada itu koma, 50-50. Itu lebih afdal tetapi hendak glamor juga. 

 Dia datang sendiri atau isteri saya yang hubungi beliau? Isteri saya hubungi minta datang tengok. Lepas itu tiba-tiba dia buat cerita lain. Dia kena paksa datang dengan isteri saya, bukan ikhlas.

Sumber: MMO

1 comments:

  1. harap jgn lah aib mengaibkn antara rakan.tak baik..dulu sama2 mnikmati dan rasa bahagia brsama apabila meraikn kejayaan..

    ReplyDelete