Ayahnya Orang Terkaya Di Malaysia, Namun Pekerjaan Anaknya Mengejutkan


Ayahnya Orang Terkaya Di Malaysia, Namun Pekerjaan Anaknya Mengejutkan


Yen anak kepada raja gula, Robert Kuok yang merupakan orang terkaya di Malaysia, berkata ahli keluarganya tidak pernah melayannya seperti anak manja ataupun puteri sebaliknya melatihnya secara tegas.

"Cara keluarga saya sangat ketat malahan saya tidak diberikan wang saku. Semasa di sekolah, wang saku kawan saya juga jauh lebih banyak berbanding saya," antara kata dari wanita berumur 26 tahun ini.

Kerana minat, Yen dengan usaha sendiri telah menubuhkan laman web Guiltless.com yang menjual pakaian-pakaian dan produk berjenama terpakai.

Dia berniaga secara dalam talian dan mendapat inspirasi untuk memulakan perniagaan itu kerana sering membeli pakaian terpakai ketika melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.

Menurut Yen, dia hanya memiliki pakaian berjenama sendiri ketika berumur 17 tahun apabila menerima hadia dari rakan abangnya.

Nampaknya kisah ini semakin menjadi viral dan turut disiarkan di berita HK.

Robert Kuok, 91 tahun diikhtiraf individu paling kaya untuk 10 tahun berturut-turut dengan memiliki kekayaan AS$11.3 bilion atau RM40.8 bilion.

Terkenal dengan gelaran Raja Gula Malaysia, Kuok menjalankan perniagaan termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan.

0 comments:

Post a Comment