Ini Komen Wak Doyok Tentang Azrinaz


Ini Komen Wak Doyok Tentang Azrinaz


Wak Doyok akhirnya tampil memebri komen tentang hubungannya dengan bekas isteri kepada Sultan Brunei iaitu AZrinaz.

Wak Doyok akui dia kini sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi Azrinaz Mazhar Hakim yang juga pernah menjadi personaliti TV3.


Wak Doyok diminta mengulas tentang hubungan istimewanya dengan Azrinaz Mazhar Hakim apabila dilihat sering menghadiri majlis bersama.

Dia memberitahu dia selesa berkawan dengan wanita itu dan tidak menolak jika ditakdirkan untuk hidup bersama jika ada jodoh.


Walaubagaimanapun, Wak Doyok mengakui terdapat jurang antara dia dan wanita itu kerana Azrinaz adalah daripada golongan kenamaan.


Ini komennya:

"Kalau ditanya tentang status saya dengan dia kami masih berkawan, cukuplah saya katakan dia kawan paling rapat dan paling baik dengan saya.

"Tidak salah kami berkawan kerana masing-masing tidak berpunya, kalau ada jodoh kami, sampailah kad jemputan kepada anda semua (media)," 


"Dia bukan orang sembarangan dan saya pula hanya orang kampung sahaja, rasa macam tidak padan pula. Tapi bagi saya untuk memikat seorang wanita perlu memikat kedua-dua ibu bapanya dahulu," 


Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment