Wednesday, July 13, 2016

Dira Abu Zahar Tampil Komen Isu Bercerai


Dira Abu Zahar Tampil Komen Isu Bercerai



Berita perceraian Dira Abu Zahar dan suaminya kini menjadi bualan orang ramai.

Ada mengatakan Dira telah bercerai degan suami sampai dimasukkan ke hospital kerana mengalami tekanan perasaan.

Puncanya pula dikatakan dari aktiviti filem Bikers Kental yang mana mereka bergaduh tentang filem tersebut.

Akhirnya Dira sendiri tampil memberi komen tentang rumah tangganya:

Ini komen Dira:

“Tiada apa mengenai isu rumah tangga saya yang perlu dikecohkan kerana ia adalah perselisihan faham biasa saja,”

"Kepada semua kawan media, urusan rumahtangga saya mohon jangan ambil pusing. Gaduh biasa-biasa standard lah. Kami dua busy teruk dengan kerja."

Sebelum ini, Dira hanya berdiam diri sebelum menjelaskan keadaan sebenar. Namun kerana mendapat liputan media meluas, beliau terpaksa membuka mulut.

Dira dan suami berkahwin pada November 2011 dan belum dikurniakan cahaya mata. Dira mempunyai anak dengan suami terdahulu.


0 comments:

Post a Comment