Sunday, July 17, 2016

Lelaki Paling Rapat Dengan Rita Rudaini Meninggal Dunia

Lelaki Paling Rapat Dengan Rita Rudaini Meninggal Dunia


Rita Rudaini tampil berkongsikan kisah tentang lelaki paling rapat dengannya dan tidak menolak jika mereka mempunyai jodoh.

Namun, lelaki tersebut telah meninggal dunia baru-baru ini dan mereka berdua tidak sempat bertemu bersua muka.

Bagi Rita, hubungan mereka hanyalah teman rapat di alam maya namun lelaki tersebut menjadi tempat untuk Rita meluahkan perasaan.

Ini komen Rita:

“Hubungan kami hanya di alam maya sahaja tapi saya akui dia lelaki paling memahami dan selesa untuk berkongsi perasaan. 

"Dia meninggal dunia pada April lalu, kami belum pun sempat bertemu kerana dia tinggal di luar negara,”

“Dia baik dan kami sering berhubung, malah dia ada meluahkan perasaannya yang sukakan saya. Tetapi saya sejak awal beritahu bahawa saya tidak mahu berkahwin”

“Buat masa ini saya memang tidak mahu kahwin tapi jika suatu hari nanti Allah beri orang yang baik saya terima. Cuma sekarang ini saya rasa tiada lelaki yang berani dekat dengan saya kerana mungkin mereka takut saya heret mereka ke mahkamah,” 


Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment