Sunday, July 3, 2016

Serina Tampil Respon Isu Keretakkan Rumahtangga

Serina Tampil Respon Isu Keretakkan Rumahtangga


Anak kepada chef Wan iaitu pelakon Serina kini menjadi tumpuan media ekoran kisah rumahtangga yang dikatakan retak.

Serina telah berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris,  Gavin Edward O’luanaigh 6 tahun lalu dan mempunyai seorang anak.

Serina Redzuawan sudah lama menyepi dari dunia hiburan namun tiba tiba terdapat gosip yang mana dia dikatakan mempunyai masalah dengan suaminya.

Walaubagaimanapun, Serina dan suami meminta ruang untuknya menjelaskan perkara yang sebenar bila tiba masanya.

Ini responnya:

“Apabila tiba masa, saya sendiri akan tampil menjelaskan segala isu yang berbangkit. Tapi untuk ketika ini, saya masih belum bersedia untuk memberikan sebarang komen dan berharap agar semua pihak mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga saya,”

Gambar antara Serina dengan Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar kini jarang dilihat di Instagram atau laman sosial.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristen Tareef, 5 dan Isabella Saffiya, 4.

Sumber: BH

0 comments:

Post a Comment