Thursday, August 18, 2016

(7 GAMBAR) Kanak-Kanak Mangsa Culik Dibunuh Dan Dijumpai Dalam Gaung


(7 GAMBAR) Kanak-Kanak Mangsa Culik Dibunuh Dan Dijumpai Dalam Gaung


Khamis lalu kecoh apabila seorang kanak-kanak lelaki bernama Noor Amila Edrus Norsham telah hilang ketika menunaikan solat Maghrib di surau perumahan awam Jinjang, Sentul.

Kanak-kanak malang itu disyaki diculik selepas beberapa hari hilang. Kemudian seorang suspek disyaki mempunyai pertalian darah dengan keluarga ditahan.

Akhirnya mayat kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa culik di Jinjang pada 11 Ogos lalu ditemui di kawasan sungai Kampung Kemensah, Hulu Kelang.

Suspek kes terbabit membawa pihak polis ke lokasi kejadian yang menemukan mayat mangsa yang malang itu.

Setakat ini pihak polis masih mengawasi lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Azman Mohd Isa, berkata pihaknya mula melakukan pencarian di lokasi terbabit sejak malam tadi namun gagal kerana keadaan gelap.

Ini komennya:

"Kita sekali lagi membawa suspek ke lokasi sama tengah hari tadi sebelum menemui mayat mangsa di bawah gaung kawasan sungai.

"Setakat ini kebarangkalian mangsa adalah kanak-kanak yang diculik adalah besar namun kami masih menunggu sehingga bedah siasat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur,"


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.






0 comments:

Post a Comment