Tuesday, August 16, 2016

Adira Benarkan Dato Red Kahwin Lagi

Adira Benarkan Dato Red Kahwin Lagi 


Adira sebelum ini mengaku sakit hati apabila mengetahui tentang video suaminya keluar dan  merangkul pinggang Ruhainies.

Beka juara Akademi Fantasia itu bagaimanapun tidak cepat melatah dan yang terbaru Adira akhirnya seperti akur dan akan memberi kebenaran untuk suaminya berkahwin lain.

Namun Adira tetap ada syaratnya iaitu Dato Red kena adil menjaga kesemua isteri-isterinya. jangan berkahwin selagi tidak boleh adil.

Ini komennya:

“Sebagai isteri dan ketika itu sedang mengandung, bila dapat tahu mengenai video tersebut, tipulah kalau saya tak sakit hati tetapi bila tahu cerita sebenar kenapa benda itu terjadi, saya sudah okey”

“Saya tidak ada masalah jika dia ingin berkahwin tiga atau empat sekali pun. Janji, dia boleh jaga semua isterinya dengan baik. Jangan kahwin selagi tidak boleh berlaku adil,”


Selain itu Adira menjelaskan dia dan juga Ruhainies kini tidak bermusuh atau menyimpan apa apa perasaan marah.


Bagi Adira, wanita kini perlu menyimpan duit sendiri dan bersedia sebarang kemungkinan di masa hadapan.

Namun kini suaminya Dato Red dilihat mengurangkan sedikit kontroversi setelah Adira disahkan hamil malah merancang untuk membawa penyanyi tersebut bercuti ke Eropah.

0 comments:

Post a Comment