Dato Red Mahu Kahwin Empat Sebelum Umur 40 Tahun

Dato Red Mahu Kahwin Empat Sebelum Umur 40 Tahun



Suami Adira Dato Red kini semakin dikenali ramai, apatah lagi dengan kegatalannya untuk berkahwin banyak.

Dato Red sememangnya bersikap terbuka untuk berkahwin lagi malah pernah menjadi kontroversi apabila video bersama Ruhainies tersebar.

Kini Dato Red membuat kenyataan mahu menjadi 'Salih Yaacob' tetapi pada usia yang muda iaitu sebelum 40 tahun.

Ini komennya:

TAK PERNAH PUAS

“Lelaki memang tidak pernah puas. Macam perniagaan, saya tidak puas. Impian saya, saya hendak kahwin empat sebelum umur 40.

“Saya hendak buat versi baru (pelawak) Salih Yaacob. Kalau Salih, mungkin nombor satu sudah tua. Tetapi saya, (isteri) nombor satu masih 30, bergetah lagi.

“Mungkin isteri nombor tiga atau empat ini, isteri pertama dan kedua akan pinangkan. Gempak, tidak?”


CIRI ISTERI KETIGA

“Isteri ketiga perlu patuh sebab dia nombor tiga. Kalau saya suruh cuti, kena cuti. Perempuan tersebut tidak payah selindung. Saya tahu gerak-gerinya.

“Macam Adira, saya cuba beri duit, dia tidak mahu. Sebab itu saya hanya ambil masa kenali Adira tiga minggu saja,”


NAK ANAK RAMAI

“Apabila saya meninggal, saya hendak mereka (anak) pikul saya. Tetapi sekarang baru tiga anak lelaki,”

0 comments:

Post a Comment