Friday, August 19, 2016

Gadis Hidapi Kanser Tulang Kongsi Kisah Hidup Hingga Hembus Nafas Terakhir


Gadis Hidapi Kanser Tulang Kongsi Kisah Hidup Hingga Hembus Nafas Terakhir


Ini merupakan kisah benar yang berlaku ke atas seorang remaja yang menjadi inspirasi ramai rakan-rakan sebayanya.

Gadis bernama Erlita, baru berusia 19 tahun, telah menjadi viral di  Indonesia kerana telah berkongsi kisah hidupnya sejak disahkan mengidap kanser tulang hinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pada 17 ogos 2016.

Erlita selalu berkongsi kisah hidupnya dilaman media sosial seperti Fb dan Instagram untuk memberi semangat orang yang senasib dengannya.

Erlita ini mahu orang ramai sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Tuhan, dan bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini.

Kisah kehidupan susah senang Erlita di kongsi dilaman media sosial bermula setahun yang lalu, ketika dia disahkan mengidap kanser tulang. tak sampai beberapa bulan, kaki sebelah kirinya terpaksa di potong kerana kanser telah merebak.

Kehilangan kaki di waktu yang amat muda memang sangat sukar untuk diterima, namun gadis muda ini tidak berdiam diri dan menangis dengan takdir yang menimpanya.

Dengan hati yang tabah, Erlita telah menjadikan kekurangannya itu sebagai satu cara untuk memberi inspirasi kepada rakan-rakan dan orang ramai.

Beliau setiasa berkongsi gambar-gambarnya dengan wajah yang ceria dan senyuman manis langsung tiada sedikitpun nampak rasa penyesalan dan keluhan di wajahnya walaupun hanya mempunyai satu kaki.

Gadis ini kemudian terpaksa berhenti belajar di Universiti kerana tidak mahu membebankan kedua orang tuanya.

Untuk mengisi masa yang terluang, Erlita kemudian menceburi bisnes online dengan menjual barangan kraftangan hasil buatannya sendiri.

Gambar terakhir yang di muatnaik ialah ketika berada di hospital untuk melakukan MRI dan menulis "Untuk kedua kalinya saya merasakan MRI Rasanya sangat seram”

Sementara status terakhirnya bertulisan “Ya Allah ampunilah dosa dosaku,waktunya aku pergi untuk kembali pulang kepadmu,semoga engkau menyembutku dengan senyuman dan pelukan kasih sayang,aku hambamu yang penuh dosa yang hanya bisa memohon ampung darimu”

Tanggal 17 Ogos, laman Facebook Rrlita tidak lagi dihiasi dengan gurauan senda serta kata-kata nasihat, malah ucapan al-fatihah mulai mengisi ruang komen selepas sekeping gambar keranda mayat yang dimuat naik oleh salah seorang ahli keluarga Erlita dan mengatakan bahawa beliau sudahpun menghembuskan nafas terkhir.

0 comments:

Post a Comment