Ini Komen Panas Yuna Tentang Video Parodi Jihan Muse Dan Syuk

Ini Komen Panas Yuna Tentang Video Parodi Jihan Muse Dan Syuk


Penyanyi Yuna dilihat mengamuk sakan dengan video parodi dari pihak Astro yang ditayangkan di rancangan Meletop baru-baru ini.

Video parodi lagu Crush itu menunjukkan Jihan berlakon sebagai Yuna manakala Syuk mewarnakan mukanya dengan warna hitam untuk berlakon sebagai Usher.

Yuna menghentam video tersebut kerana boleh menyebabkan kerjayanya di Amerika Syarikat musnah.

Penyanyi akui sakit hati menonton video itu dan juga menggesa orang ramai tidak berkongsi video itu di Facebook.

Ini komen penuh Yuna:

“Kawan-kawan semua, saya harap kamu semua tahu bahawa parodi yang dilakukan mereka (Astro) boleh menyebabkan karier saya di negara ini berakhir. 

“(Tindakan) itu biadab dan tidak menghormati rakan saya (Usher),” 

“Tolonglah didik diri sendiri, Astro telah pun memadam video tersebut dari Internet hanya selepas dikecam oleh ramai kerana ia boleh menjadi isu yang serius di negara ini. 

“Tapi kerosakan telah berlaku, kamu terlalu obses dengan parodi bodoh sampai terlupa mengenai maruah,”

Sumber: malaysiaKini

0 comments:

Post a Comment