Ini Respon Siti Nurhaliza Dakwaan Tiru Lagu Rabbani

Ini Respon Siti Nurhaliza Dakwaan Tiru Lagu Rabbani


Datuk Siti Nurhaliza menjadi bualan hangat apabila lagu barunya berjudul "Hari Kemenangan"  dikatakan meniru lagu kumpulan nasyid Rabbani.

Lagu itu baru sahaja di release kepada pendengar sebelum Syawal yang lalu dan ada mengatakan persamaannya dengan karya bertajuk Kemenangan yang dinyanyikan kumpulan nasyid itu, kira-kira dua tahun lalu.

Pihak Siti Nurhaliza menafikan dakwaan terbabit kerana beliau mendapatkan melodi dendangan khas bersempena sambutan Aidilfitri itu secara sah menerusi Pak Ngah.

Pak Ngah ada menerangkan bahawa dia pernah ajukan empat hingga ke lima lagu kepada Rabbani tetapi semuanya tidak dipilih.

Ini komen Siti Nurhaliza:

KOMEN DI YOUTUBE

"Saya dimaklumkan mengenai hal ini dua atau tiga hari sebelum raya apabila ada peminat beri komen di YouTube mengatakan lagu baharu ini sama dengan Rabbani sebaik dimuat naik. 

"Antara komen ditinggalkan ialah: 'Siti ambil lagu orang dan Pak Ngah tidak ada idea'. 

SALAH FAHAM

"Jadi, kami dapatkan Pak Ngah dan nyata wujud salah faham. Beliau pun tidak tahu Rabbani pernah merakam lagu ciptaannya yang pernah dicadangkan kepada kumpulan itu."

"Rasanya, biarlah perkara ini diselesaikan antara kedua-dua pihak. Setakat yang saya tahu, Rabbani tidak komersialkan lagu Kemenangan di dalam album, sebaliknya hanya di YouTube dan program siaran Hari Raya, baru-baru ini,"

RABBANI MOHON MAAF

"Rabbani juga sudah menghantar surat memohon maaf dan memberi penjelasan mengenai kekeliruan itu. Lagi pun, buat apa nak bergaduh? Rabbani teman seperjuangan yang sangat saya hormati. Kami berkawan baik, malah kerap berkongsi pentas. 

"Lagu ini pun yang saya tahu masih hak cipta Pak Ngah. Apabila insiden seumpama ini terjadi, secara tidak langsung membuktikan sentuhan Pak Ngah sentiasa menjadi rebutan. Saya sendiri menyukai melodi Hari Kemenangan. 

"Dulu saya pernah hadapi situasi seperti ini. Lagu Wanita pernah dikatakan sama dengan dendangan penyanyi lain. Waktu itu, apabila saya memperdengarkan naskhah berkenaan, tidak lama kemudian artis dari Indonesia pula memasarkan lagu yang melodinya kedengaran sama dengan Wanita,"



Semua ini rupanya salah faham sahaja. Rabbani juga telah memohon maaf kerana merakam lagu terbabit.

0 comments:

Post a Comment