Friday, August 26, 2016

Kisah Sebenar Kereta Kena Clamp, Ini Komen Mazlan Pet Pet

Kisah Sebenar Kereta Kena Clamp, Ini Komen Mazlan Pet Pet


Baru-baru ini telah viral kes kereta pelawak Mazlan Pet Pet dikunci atau di clamp oleh pihak berkuasa MPSJ.

Lan Pet Pet kini tampil memberi kenyataan tentang hal ini dan akui ini sememangnya kesalahannya sendiri.

Lan Pet Pet juga memohon maaf terhadap video viral yang memaparkan dirinya mengamuk dan memarahi anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) apabila keretanya dikunci oleh pihak tersebut.

Ini komennya:

“Itu memang saya dan saya minta maaf. Saya janji takkan buat lagi. Pihak MPSJ sudah menjalankan tugas dan kewajipan mereka. 

"Saya sendiri jadi serba-salah apabila ramai yang menyalahkan penguatkuasa MPSJ apabila video itu menjadi ‘viral’ semalam, sedangkan saya sebenarnya yang melakukan kesalahan”

“Saya tidak menyalahkan mereka mengambil tindakan mengunci tayar kereta saya. Walaupun ketika itu isteri saya sedang menunggu dalam kereta lain di belakang kereta saya, ia tetap satu kesalahan,” 


Lan Pet Pet juga telah membayar saman dan  kompaun berjumlah RM80 kepada MPSJ.

Selain itu, menurut Lan kepada Harian Metro, kejadian tersebut menjadi pengajaran buat dirinya selain menyatakan bahawa menjadi seorang selebriti bukanlah alasan untuk tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Sementara itu, Lan juga mengakui terkilan kerana insiden tersebut dirakam tanpa kebenarannya. Apa pun, tahniah buat Lan kerana berani mengakui kesilapan dan tidak berselindung dengan seribu alasan.

0 comments:

Post a Comment