(Kisah Sedih) Ujian Besar Melanda Mila AF Dan Suami

Kisah Sedih Melanda Mila AF Dan Suami


Bekas Juara Akademi Fantasia, Mila Jirin telah dilanda kisah sedih apabila menerima ujian yang besar dari Allah setelah bernikah dengan suaminya.

Mila memberitahu dia telah gugur pada bulan Ramadhan yang lalu ketika kandungan baru mencecah lima minggu.

Ini sememangnya satu ujian yang cukup besar. Namun dia tetap akur dengan ketentuan takdir dan redha dengan ujian tersebut.

Ini komennya:

"Saya anggap bukan rezeki kami lagi menambah ahli keluarga, justeru reda berdepan suratan ini. Mungkin disebabkan saya terlalu aktif. Apa pun kami tidak berputus asa dan sentiasa berdoa dikurniakan cahaya mata secepat mungkin,"

Semoga Mila dan suami tabah harungi dugaan itu. InsyaAllah ada rezeki untuk menimang cahayamata nanti.


Untuk pengetahuan, Mila AF bernikah dengan pengurusnya sendiri bernama Isz Mustapha pada November 2015.

0 comments:

Post a Comment