Saturday, August 27, 2016

Luahan Bapa Pengantin Lelaki 18 Tahun Nikahi Wanita 42 Tahun

Luahan Bapa Pengantin Lelaki 18 Tahun Nikahi Wanita 42 Tahun


Kini berita pernikahan remaja 18 tahun dengan seorang wanita 42 tahun telah tersebar di laman media sosial.

Berita ini sememangnya benar-benar berlaku di Sabah apabila Mohd Sufie bernikah dengan isterinya yang juga janda anak lima iaitu Dayang Sopiha Gusti.

Bapa kepada Moh Sufie iaitu kata Alin @ Matalin Utam, 52 tahun akui terkejut dengan pilihan anaknya itu namun merestui perkahwinan mereka berdua.

Tambahnya, dia hanya mengetahui hubungan Sufie dan Sopiah beberapa hari sebelum majlis pernikahan berlangsung.

 Ini komen dari bapa kepada pengantin lelaki.

"Mereka sudah cukup matang untuk membuat keputusan sendiri termasuk berkahwin,"

"Apa yang penting, Sufie tidak mengganggu isteri atau milik orang lain dan mereka mahu meneruskan hubungan dengan cara halal disisi Islam.

"Justeru, saya tidak mempunyai masalah dan menganggap Sopiah adalah jodoh yang ditetapkan Allah untuk Sufie,"

"Awalnya saya terkejut apabila dimaklumkan Sufie memilih Sopiah sebagai teman hidup, namun kami tidak mempunyai masalah kerana usia bukan penghalang.

"Saya sendiri sempat menasihatkan Sufie untuk menjadi seorang suami bertanggungjawab kerana dia bukan hanya isteri sebagai tanggungjawabnya, tetapi juga terhadap lima anak tirinya,"


Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan pengantin ini.

0 comments:

Post a Comment