Luahan Kakak Mangsa Culik Yang Juga Isteri Kepada Suspek

Luahan Kakak Mangsa Culik Yang Juga Isteri Kepada Suspek


Umum telah mengetahui kes culik dan juga bunuh adik Nor Amila Edrus yang menjadi tumpuan ramai sejak akhir -akhir ini.

Apatah lagi si pelaku yag melakukan kekejaman ini ialah abang iparnya sendiri.

Ini luahan seorang wanita bernama Nazura yang merupakan isteri suspek dan kakak kepada Nor Amila Edrus.

Jom baca:

Assalamualaikum..terima kasih pada yang memberi sokongan mahupun MENGHINA saya..terima kasih..

Saya tak mintak semua ni terjadi..bayangkan diri awak sendri dalam situasi saya..antara adik kesayangan saya..dan suspek suami sendiri..saya kehilangan adik..sedih tak habis tambah pula tahu ini angkara suami..

Tambah pula netizen mengkritik saya termasuk anak saya yang tak berdosa..suami bersalah dia akan dihukum..balasan dia tetap ada..

Saya masih tak deactive FB sebab nak sesiapa yang sebarkan gambar anak saya..tolong delete..jangan la terus menghina itu saja saya mintak..

Al-Fatihah untuk adik kesayangan akak..akak sayang adik..tempat adik di syurga..tunggu akak mak adik ayah..

Kesian wanita ini, mempunyai suami yang membunuh adik kesayangannya sendiri. Tak dapat dibayangkan perasaan kekesalan yang melandanya.

Semoga tabah hadapi dugaan ini ye.

0 comments:

Post a Comment