SPM Tiada Manfaat, Anak Tak Perlu Ambil SPM

SPM Tiada Manfaat, Anak Tak Perlu Ambil SPM


Ramai telah mengetahui bahawa anak-anak kepada Suhaimi Saad (bekas penyanyi nasyid) dan Ina Naim tidak dihantar ke sekolah, mereka hanya sekolah di rumah sahaja.



Melalui laporan "Projek MMO" Suhaimi Saad mengakui bahawa beliau tidak melihat ada manfaat dalam format peperiksaan di negara ini.

Bagi Suhaimi, tiada keperluan untuk anak-anaknya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya mereka sudah mencapai kehendak dan impian masing-masing kelak.

Malah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) juga tidak memberikan manfaat untuk masa depan anak-anak.

Ini komen Suhaimi:

“Sijil Pelajaran Malaysia pun mungkin kita akan ambil secara persendirian. Itu pun SPM ini kita tidak akan tahu bertahan sampai bila sebab sistem ini sentiasa boleh berubah,”

“Cuma saya merancang yang terbaik. Saya tengok ramai yang buat belajar di rumah ini apabila usia 14 tahun ke 15 tahun dan sudah boleh sampai sasaran dia.

“Ada jadi saintis, ahli perniagaan dan sebagainya Jadi kalau dah jadi ahli muzik, sudah boleh bekerja, tidak perlulah SPM itu,”

“UPSR dan PT3 saya rasa tidak akan bawa kemana-mana dan memang saya tak rancang untuk mereka.

“Sekarang ini saya fokuskan kepada akhlak dan bahasa serta al-Quran,”


Sumber: MMO

0 comments:

Post a Comment