Thursday, August 11, 2016

"Suami Tak Kisah.." - Sharifah Sakinah

"Suami Tak Kisah.." - Sharifah Sakinah


Sharifah Sakinah kin iakan tampil dalam satu filem baru berjudul Pekak.

Filem ini mempunyai adegan "panas" seperti aksi rog01 dan beberapa babak yang agak melampau namun Sharifah Sakinah menjelaskan bahawa suaminya memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Ini komennya:

“Alhamdulillah suami seorang yang sporting. Waktu menjalankan penggambaran filem Pekak dia datang dan dia pula bagitahu apa yang patut saya buat. Lagipun dia suka filem, sebab itulah dia kahwin dengan pelakon meskipun dia seorang juruterbang”

“Semua itu lakonan, kita membawa watak orang lain dan itu adalah cabaran sebagai seorang pelakon. Itu semua ialah penerimaan orang ramai. Sebenarnya nak ke atau tak nak mereka tengok juga”

“Cuma kita tak boleh nak sebut pasal agama sebab perkara itu sensitif sangat. Selagi keluarga saya, keluarga mertua dan suami okay, tidak ada masalah,”

Sharifah Sakinah sememangnya lebih selesa menjadi dirinya walaupun tak semua boleh menerimanya.

Pekak merupakan filem romantik yang menemukan seorang pengedar barang terlarang yang pekak lakonan Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Amerul Affendi dan Sharifah Sakinah sebagai teraju utama.

0 comments:

Post a Comment