(TAHNIAH) Ifa Raziah Terima Gelaran Dato'

(TAHNIAH) Ifa Raziah Terima Gelaran Dato'


Artis serba boleh, Ifa Raziah telah menerima Darjah Kebesaran dan Pingat diatas khidmatnya kepada masyarakat yang membawa kepada gelaran Dato'.

Ramai pihak tidak mengetahui hal tersebut apatah lagi Ifa Raziah hanya akan menggunakan gelaran tersebut ketika di menghadiri ke majlis rasmi sahaja.

Ini komen Ifa Raziah:

"Seperti sedia maklum saya pernah kongsikan hal ini kepada rakan kenalan dan yang mengenali diri ini, saya hanya akan gunakan gelaran ini di majlis-majlis rasmi sahaja.

"Untuk majlis persembahan pentas saya tidak pakai, biarlah orang tahu sendiri. Malah, saya sendiri tidak kerap menggunakan gelaran tersebut sebab saya mengaku agak janggal bila orang panggil saya Dato,"

"Saya tidak kisah kalau orang tak panggil dengan gelaran itu, lagipun Dato itu hanya diguna pakai pada nama penuh, Dato Saripah Raziah dan bukan Ifa Raziah kerana itulah yang termaktub dalam watikah tersebut,"


Tahniah kepada Ifa Raziah diatas penganugerahan tersebut.

0 comments:

Post a Comment