Sunday, September 18, 2016

Elizabeth Tan Dituduh Gatal, Curi Suami Orang

Elizabeth Tan Dituduh Gatal, Curi Suami Orang


Penyanyi jelita dan berbakat besar, Elizabeth Tan sering menjadi bahan kontroversi sejak terlibat didalam industri hiburan tanah air.

Elizabeth Tan mendedahkan pernah dituduh gatal dan cuba mencuri lelaki yang berstatus suami orang dan ini antara gosip yang panas yang melandanya.

Gosip dan pelbagai tuduhan yang ditujukan kepadanya menyebabkan Elizabeth Tan atau nama timangannya, Lizzie membuat sebuah lagu.

Lizzie menajdikan perkara kontroversi yang melanda dirinya sebagai inspirasi untuk membuat lagu berjudul 'Tabah'.

Ini komen Lizzie:

“Lagu Tabah bukan sebab putus cinta. Tetapi mengenai diri saya yang pernah dihentam dengan pelbagai perkara sejak berada dalam industri.

“Banyak sangat gosip tentang saya sehingga ada yang tuduh saya gatal, curi suami orang dan tak boleh menyanyi sehingga mengganggu mental saya.

“Sekarang saya boleh katakan yang saya sudah menjadi lebih tabah selepas melalui semua itu,”

“Saya lihat kritikan dan hentaman dengan cara yang matang. Jika apa yang dikatakan benar, saya ambil dari sudut positif.

“Jika hanya mahu menyakitkan hati, saya akan buat tidak tahu. Saya tidak akan layan,”

0 comments:

Post a Comment