Emma Maembong Berang Zizan Razak Sering Bahan Dirinya


Emma Maembong Tak Selesa, Berang Zizan Razak Sering Bahan Dirinya



Emma Maembong dan Zizan merupakan bekas pasangan kekasih yang telah lama berpisah.

Walaupun dah lama berpisah dan tiada hubungan, Zizan dilihat seringkali menjadikan pelakon jelita itu sebagai bahan usikan dan bahan jenaka.

Apabila Zizan menjadi pengacara di sesuatu majlis, selalu bekas kekasihnya itu dijadikan bahan lawak.

Emma sebenarnya mengakui rasa kurang selesa dengan perkara tersebut lebih-lebih lagi kisah cinta mereka sudah lama berakhir.

Ini komen Emma:

“Secara jujur, memanglah tak selesa’kan? Benda saya dah move on, dia pun dah move on, jadi kenapa setiap program yang dia ada, mesti nak kena bahan saya. Memanglah kadang-kadang tak sebut tapi orang semua tahu benda khas tuju untuk saya”

“Saya pun dah tutup mulut, tak cakap apa-apa. Tapi bila dia nak buat lawak, tak taulah, dia macam takde modal lain. Saya tak tau sampai skearang ni masih nak bahan bahan saya lagi sedangkan saya tak bahan dia”

“Pergi event pun orang dah takkan tanya pasal dia. Saya rasa macam tak eloklah untuk nama saya, family saya bila dia nak buat lawak-lawak macam tu. Sebab saya pun ada perasaan juga,”


Emma Maembong kini sedang rapat dengan Kamal Adli walaupun dikatakan mempunyai masalah yang tersendiri.

0 comments:

Post a Comment