Sunday, September 4, 2016

Inilah Biodata Hafiz, Lelaki Yang Batal Perkahwinan Dengan Fara Fauzana

Ini Biodata Hafiz, Lelaki Yang Batal Perkahwinan Dengan Fara Fauzana


Mungkin ramai terkejut apabila Fara Fauzana membuat pengumuman bahawa perkahwinan beliau bersama jejaka bernama Hafiz telah dibatalkan.

Bekas penyampai radio Hot FM ini telah memilih untuk tidak mendedahkan punca sebenar pembatalan majlis tersebut dengan menyatakan ianya terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Cuma dikatakan mereka berdua kini tidak lagi sependapat dan mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

KENYATAN FAFAU

Fafau telah memberitahu bahawa pembatalan perkahwinannya ini amat sukar buat dirinya, dan perlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran ketika ini.

Ini kenyataannya sebelum ini:

“Dengan penuh rasa dukacitanya, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan. Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi untuk dikongsikan”

“Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti. Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media. Saya amat berharap dan percaya, rakan-rakan media amat memahami situasi saya ketika ini,”


KENYATAN HAFIZ

Hafiz, lelaki yang tidak jadi berkahwin dengan Fafau sememangnya agak misteri kerana tiada info lanjut dari Fafau.

Ini biodata penuh Hafiz:
Nama Penuh: Mohamed Hafiz

Umur: 38 Tahun
Pekerjaan: Usahawan / Ahli perniagaan
Asal: Perak
Menetap: Shah Alam, Selangor

Ini pula komen dari Hafiz:

"Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya," 

Semoga Fafau dan Hafiz sabar dan tenang hadapi dugaan hidup.

0 comments:

Post a Comment