"Jangan Marah, Jangan Terperanjat.." - Erra Fazira Buat Kejutan Kepada Shahir AF


"Jangan Marah, Jangan Terperanjat.." - Erra Fazira Buat Kejutan Kepada Shahir AF


Hubungan mereka masih menjadi misteri kepada orang ramai, itulah kisah Erra Fazizra dan bekas juara Akademi Fantasia, Shahir Zawawi.

Walaupun mereka berdua sering tarik tali dan menafikan mempunyai hubungan istimewa, Erra Fazira sekali lagi menimbulkan tanda tanya orang ramai dengan membuat satu kejutan kepada Shahir.

Erra telah memuat naik gambar Shahir AF di laman sosial intsgram bersempena dengan ulangtahun kelahiran penyanyi itu baru-baru ini.

Erra Fazira juga telah menulis ucapan hari lahir yang kepada Shahir yang menyambut kelahiran pada 5 September yang lalu.

Ini ucapan dari Erra:


“Cakk! Kejutan untuk kamu yang dikasihi. Jangan marah. Jangan terperanjat. Selamat ulang tahun. Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidupmu. Moga dipanjangkan usia, dilimpahi rezeki. Terima kasih kerana banyak menyumbang sisi positif dalam hidup saya”

“Saya Mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan kamu. Semoga tahun ini akan menyerlahkan keriangan yang tak bernoktah dan memori yang indah,”


Para peminat dan follower Erra Fazira ternyata terkejut dengan gambar itu kerana Erra sebelum ini menafikan hubungan mereka.

Yang menjadi lebih perhatian ialah Erra telahmenutup bahagian mata gambar Shahir itu, namun peminat dengan mudah dapat meneka pemilik wajah tersebut iaitu Shahir AF.

Dengan perkembangan terbaru itu, Erra Fazira dan Shahir masih membuat para peminat berteka-teki tentang status hubungan mereka.

0 comments:

Post a Comment