Luahan Penuh Zila Seeron, Tak Dapat Didikan Agama Sejak Kecil

Luahan Penuh Zila Seeron, Tak Dapat Didikan Agama Sejak Kecil


Zila Seeron kini menjadi tumpuan apabila tampil di rancangan Astro AM Live di pagi hari raya Aidil Adha yang lalu.

Luahan hati Zila Seeron ini kini boleh ditonton di FB:

Ini videonya:


Antara pendedahan Zila Seeron ialah dia tidak mempunyai duit apabila keluar dari rumah Along Cham dan itu merupakan antara punca dia tak berjumpa anaknya.

Zila berkata dia tidak tahu bekerja dan hanya tahu menyanyi dan menoreh getah serta sukar mencari kerja kerana tiada pengalaman.

Selain itu, dia akui hidup dengan berpindah randah selepas keluar dari rumah Along Cham.

Bagi Zila, dia rindukan anaknya apabila tidak berjumpa 4 bulan kerana dia lahirkan dan mengandungkan anaknya Danial selama 9 bulan.

Kepada Along dan bekas keluarga mertua, Zila juga telah memohon maaf dan memohon halalkan makan minumnya.

Selain itu, Zila akui tidak mendapat didikan agama yang cukup sejak dari kecil dan kini sedang mempelajarinya.


0 comments:

Post a Comment