Sunday, September 18, 2016

Penyanyi Cat Farish Sah Bercerai, Tampil Dedah Punca Penceraian

Penyanyi Cat Farish Sah Bercerai, Tampil Dedah Punca Penceraian


Cat Farish yang popular menerusi kumpulan Ruffedge satu masa dulu kini tampil mengakui dia telahpun bercerai dengan isterinya.

Penyanyi ini dan isteri, Hartiny Ramly bercerai pada April yang lalu setelah mendirikan rumah tangga selama hampir 9 tahun.

Namun Cat akui dirinya yang menjadi punca kepada perpisahan ini. Namun perceraian itu berlaku dengan cara yang baik.

Cat berkata perkara tersebut terjadi akibat kesilapannya sendiri yang banyak mengabaikan rumah tangga dan terlalu fokus dengan kerjaya.

Ini komennya: (HarianMetro)

"Ya, memang saya dah bercerai.."

"Apabila sudah tiada persefahaman dan masing-masing mula ego, bercerai adalah jalan yang terbaik untuk kami.

"Apa pun saya tidak menyalahkan bekas isteri, malah selepas bercerai banyak perkara berlaku yang menyedarkan diri saya," 


Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu:
-Nia Karlyssa, 9 tahun
-Eva Latheefa, 6 tahun
-Qul Iskandar, 5 tahun

0 comments:

Post a Comment