Monday, September 12, 2016

Rita Rudaini Akui Rapat Dengan Donna Muslim

Rita Rudaini Akui Rapat Dengan Donna Muslim



Pelakon Rita Rudaini tampil memberi komen dan mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang pengacara.

Pengacara lelaki tersebut merupakan antara pengacara HLive bernama Donna Muslim yang berumur 27 tahun.

Rita yang berumur 40 tahun, akui sedang berkawan rapat dengan Donna Muslim namun masih belum sampai ketahap sedang bercinta.

Gosipn mereka berdua ini bermula apabila Rita Rudaini pernah memanggil Donna dengan nama ‘boyfriend’ di lama sosial Instagram miliknya.

Ini komennya:

“Kami berkawan saja dan saya pun selesa mengenali dirinya. Dia antara lelaki yang paling rapat dengan saya ketika ini.

“Saya mula mengenalinya pada tahun lalu, tetapi ketika itu perkenalan kami biasa saja,”

“Saya lihat, dia seorang lelaki yang menghormati orang di sekelilingnya dan kurang bersosial. Pada masa sama, kami serasi dalam apa saja topik yang dibualkan.

“Ada juga saya membaca komen-komen peminat yang mendoakan jodoh kami berdua. Namun bagi saya, ia sekadar satu usikan,”


Donna Muslim kini kerap datang ke restoran milik Rita iaitu Rumah Kueh. Mereka berdua dilihat serasi bersama dan sangat mesra.

Sementara itu, ditanya adakah Donna lelaki idamannya, kata Rita, sikap dan personaliti pemuda terbabit membuatkan beliau senang berkawan dengannya.




0 comments:

Post a Comment