Tersingkir Begini Sangat Kejam!! - Pelajar AF2016

Tersingkir Begini Sangat Kejam!! - Pelajar AF2016



Salah seorang peserta Akademi Fantasia musim 2016 iaitu Riana telah tersingkir pada minggu kelima AF2016.

Menerusi temubual selepas tersingkir, Riana akui terkilan tidak dapat meneruskan persembahan apabila disingkirkan di awal siaran minggu kelima.

Selalunya penyingkiran dibuat diakhir rancangan namun pada minggu itu, Riana disingkirkan di awal siaran.

Ini komennya:

Sangat Kejam

“Tipulah kalau saya tidak terkilan kerana saya memang sudah bersedia mahu membuat persembahan minggu ini.

“Lagipun menurut tenaga pengajar, saya banyak menunjukkan perubahan positif dari minggu ke minggu dan apabila nama saya disebut pada awal program sebagai pelajar tersingkir, saya kecewa.

“Saya rasa tersingkir dengan cara yang sebegini sangat kejam, bila kita dah dicantikkan dan berlatih untuk buat persembahan tapi lain pula jadinya.

“Saya tak marah dengan mereka yang masih kekal, cuma saya tertanya-tanya kena kenapa tak buat penyingkiran selepas persembahan.

“Sebab cikgu-cikgu pun banyak habiskan tenaga untuk ajar kami. Tapi nak buat macam mana, tak apalah rezeki saya sampai sini saja,”

Nafi Tak Serius

“Sebenarnya saya suka bergurau dengan kawan-kawan tapi tak tahulah kalau gurauan itu dah disalah ertikan oleh penonton di luar sana.

“Mungkin mereka nampak saya macam main-main tapi sebenarnya segala ajaran yang diberikan oleh tenaga pengajar memang saya ambil serius.

“Saya pun tahu peluang sebegini tak hanya datang sekali jadi tak mungkinlah saya nak sia-siakan begitu saja,”

Kenyataan Pengurus Astro

Sementara itu, pengurus saluran Astro Ria Raqim Ahmad berkata pihak mereka telah memberikan banyak peluang kepada pelajar untuk menyerlahkan bakat mereka menerusi pentas AF di minggu sebelumnya.

“Kita membuat keputusan untuk membuang tiga peserta kerana kami merasakan telah memberi peserta pada kali ini banyak ruang dan masa untuk menyerlahkan bakat mereka dan mempelajari bidang ini menerusi AF.

“Masa yang diberikan kepada peserta dan peminat yang mengundi wajar untuk digunakan sebaik mungkin.

“Penyingkiran yang berlaku adalah berdasarkan keputusan undian peminat dan kami akur dengan keputusan tersebut,”

Konsert AF 2016 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.

0 comments:

Post a Comment